Susulan tular satu video insiden sebuah Nissan 180SX melakukan aksi drift di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berdekatan R&R dan juga Plaza Tol Denai Alam, pihak Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (PROLINTAS) memandang serius perhimpunan besar kenderaan berkelajuan tinggi dan aktiviti lumba haram yang berlaku di sekitar Kawasan Rehat dan Rawat (RSA) Denai Alam malam minggu lalu.

“Untuk rekod, tiada permit sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak untuk sebarang perhimpunan besar sedemikian dijalankan dikawasan terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Pihak DASH bekerjasama rapat dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan kejadian berkenaan. Difahamkan pihak JSPT juga merancang untuk menjalankan operasi di kawasan yang dilaporkan berlaku aktiviti haram itu.

“Hasil pemantauan mendapati, susulan kejadian itu, beberapa kesan tayar kenderaan ditinggalkan di sepanjang laluan dikenal pasti.

“Kami melarang sekeras-kerasnya kegiatan lumba haram di atas Lebuhraya DASH serta menasihatkan pengguna agar sentiasa mematuhi had laju dan semua peraturan pemanduan,” terang PROLINTAS dalam satu kenyataan rasmi dibuat.

Tambahnya lagi kegiatan itu bukan sahaja membahayakan diri mereka malah mengancam keselamatan pengguna lebuh raya yang lain serta menimbulkan keresahan penduduk sekitar kawasan lebuh raya berkenaan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.