Dibuka kepada umum hari ini, Starbucks Merchandise Warehouse Sale diserbu peminat setia Starbucks seawal 9.00 pagi lagi. Jualan gudang ini sentiasa dinantikan peminat setia bagi membeli produk Starbucks pada harga runtuh.

Namun di sebalik jualan gudang ini, terdapat juga pengunjung yang kecewa kerana model atau aksesori Starbucks yang ‘cantik-cantik’ terutamanya versi edisi khas telah ‘disapu bersih’ oleh para personal shopper (PS).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berdasarkan perkongsian video oleh Fareeq atau Littlewan_ di TikTok, beliau sempat merakam beberapa individu didakwa PS sedang menyusun produk Starbucks yang telah dibeli dalam beg besar milik mereka.

“Semua tumbler yang lawa-lawa dah kena kebas dengan PS. Tahu lah cari makan tapi tak beragak langsung,” tulis Fareeq.

Menurut pandangan netizen, tidak salah untuk menjadi PS kerana kerja mereka sememangnya mengumpul pesanan pelanggan dan membuat pembelian. Namun, ada segelintir PS yang bertukar menjadi scalper dengan merembat semua merchandise yang ada nilai untuk dijual kembali dengan harga yang lebih tinggi.

Begitu juga ada yang memberi pandangan supaya pihak pengelola jualan gudang Starbucks membuat limit untuk setiap individu membeli produk yang ada. Langkah ini lebih adil supaya yang sedang beratur di belakang turut berpeluang membeli barangan yang ada.

Starbucks Merchandise Warehouse Sale ini akan terus berlangsung sehingga 2 Oktober 2022 di Event Hall 2, Level 5 The Starling. Jika nasib anda baik, anda mungkin dapat beli barangan yang anda sedang cari selama ini. Itu pun jika tidak ‘dirembat’ oleh PS.