Port Dickson merupakan antara lokasi pelancongan terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebelum ini, isu khemah di sepanjang pantai Teluk Kemang telah membuatkan pengunjung berasa semak.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook telah mendakwa dirinya dikenakan caj sebanyak RM5 apabila letak tikar dan duduk di kawasan kaki lima dalam satu perkongsian yang telah dikongsikan kembali pengguna media sosial lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Sekarang ni pergi Port Dickson semua kena bayar eh? Smart betul! Bukannya (kami) duduk dekat tapak perkhemahan itu pun.” luahan pengguna Facebook tersebut.

Luahan perasaan pengguna Facebook itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mendesak pihak berkuasa untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap isu ini yang dilihat mengambil kesempatan kepada pengunjung.

Malah, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa marah mereka kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup mengenakan caj seperti ini. Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan mereka pernah berdepan dengan situasi yang sama ketika berkunjung ke sana dan tidak boleh membentangkan tikar sendiri serta perlu menyewa di sana.