Sejak semalam, beberapa media utama dalam negara melaporkan pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib telah dipanggil untuk hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung satu kes di sana.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh pihak pengurusan artis berusia 36 tahun yang menjelaskan beliau telah hadir ke ibu pejabat agensi itu sejak pagi semalam sambil ditemani isterinya Siti Sarah Raisuddin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
photo_2020-10-02_08-37-33
Foto SHuib Dan Siti Sarah Di Hadapan Bangunan SPRM. Sumber: Instagram Siti Sarah Raisuddin

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib saja yang diambil oleh pihak SPRM manakala isterinya, Siti Sarah Raissuddin, hanya menemani,” kata pengurus Shuib, Nana Mohamad Rom dalam satu kenyataan media semalam seperti dilaporkan MalaysiaKini.

Pihak pengurusan yang mewakili mereka bagaimanapun dalam kenyataan sama tidak dapat memberi maklumat lebih lanjut kerana masih menunggu perkembangan selanjutnya daripada pihak SPRM.

Malah usaha satu lagi media arus perdana, Harian Metro untuk mendapatkan komen daripada kedua-kedua artis terlibat juga tidak berjaya apabila mereka difahamkan mematikan talian telefon masing-masing.

Walaupun tidak dapat dapat dipastikan punca sebenar Shuib dipanggil ke ibu pejabat SPRM, namun portal Utusan Digital pada semalam melaporkan beliau hadir bagi membantu siasatan ‘setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka’.

Manakala My Metro pula sebelum itu juga turut melaporkan perkara sama apabila ‘selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram’.

Semakan di laman Instagram Shuib pula tidak menemui sebarang hantaran terkini berhubung isu terbabit dengan hanya Siti Sarah sahaja yang membuat hantaran terbaru sekitar 6 jam lalu sebelum artikel ini ditulis yang mengesahkan mereka dipanggil untuk ‘memberikan kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia’.

Baca juga perkembangan terkini industri hiburan negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. 

‘Kalau Boleh Beri Saya RM10K Sebulan Saya Duduk Rumah’-Mus May

Tidak Jaga Sensitiviti, Netizen Persoalkan Ismail Izzani Rakam Video Muzik Dalam Gereja

Dijaga ‘Luzero’ Dan Makan Daging Kuda, Ringgo Fotograf Kongsi Saat Dipenjara Di Venezuela