Sebuah lagi berita yang membanggakan buat Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan oleh World Economic Forum (WEF) berdasarkan laporan pada tahun 2017. Melalui laporan yang dikeluarkan WEF, Kerajaan Malaysia berjaya tersenarai sebagai negara ke-15 terbaik dalam pengurusan pembelajaan kerajaan.

Kejayaan ini turut meletakkan Malaysia sebagai negara kedua dibelakang Singapura sebagai negara Asean serta hadir dengan kedudukan yang lebih baik daripada negara-negara maju seperti China, Jepun dan Sweden. Berikut merupakan senarai negara terbaik dalam pengurusan perbelanjaan kerajaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

pengurusan perbelanjaan kerajaan malaysia

Selain daripada kecekapan perbelanjaan kerajaan, WEF turut melaporkan Malaysia tersenarai sebagai negara ketiga terbaik dalam melindungi pelabur. Menilai dari segi kadar daya saing sesebuah negara, Malaysia berjaya tersenarai sebagai negara ke-23 paling kompetitif dunia.

Kenaikan ini turut membawa Malaysia dua tangga lebih tinggi berbanding senarai laporan tahun lepas. Bagi mendapatkan ulasan lanjut bagaimana sesebuah negara disenaraikan, kami kongsikan kepada anda faktor-faktor dalam mempengaruhi kadar daya saing sesebuah negara.

Faktor-faktor mempengaruhi kadar daya saing sesebuah negara

Global-competitiveness-index (1)

Berdasarkan kajian serta kaji selidik yang dibuat, 70% daripada data diperolehi daripada United Nation manakala 30% lagi daripada prestasi 137 negara yang terlibat berdasarkan 12 aspek.

12 aspek yang dimaksudkan termasuklah institusi, infrastruktur, persekitaraan makroekonomi, kesihatan, pendidikan, perdagangan barangan, kadar keluar masuk buruh, perkembangan teknologi, pembangunan pasaran kewangan, saiz pasaran dan inovasi bisnes dalam sesebuah negara.

Melihat kepada laporan yang dikeluarkan WEF, jelas ekonomi Malaysia berjaya menunjukkan status yang positif serta lebih baik berbanding tahun lepas. Dijangkakan peningkatan dalam kedudukan ini bakal turut mempengaruhi ekonomi negara serta meningkatkan dividen saham yang dilaburkan oleh Kerajaan Malaysia.

Baca lagi: Realiti GDP Malaysia, Perkembangan Ekonomi Dan Rakyat Yang Mengadu ‘Susah’

Sumber