Setiap kali musim menuai padi, ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan sisa lumpur atau dikenali sebagai ‘tahi mesin’ yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan terutamanya penunggang motosikal.

Mohd Afiq Saidin salah seorang mangsa kemalangan berkata, pada tahun ini sahaja beliau sudah dua kali jatuh motosikal akibat terlanggar ‘tahi mesin’ di atas jalan yang ditinggalkan oleh jentuai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pada 14 Februari lepas, kali kedua saya jatuh motosikal selepas gagal mengelak ‘tahi mesin’ (bongkah tanah) ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Jalan itu agak gelap menyebabkan saya tidak nampak bongkah tanah sebesar baldi yang keras seperti batu di tengah jalan. Mujur saya hanya mengalami luka kecil pada tangan,” katanya dalam satu temuramah baru-baru ini.

Manakala Zharif Yahya turut berkongsi pengalaman yang sama, berkata isu itu bukan baharu sebaliknya sudah lama berlaku.

“Kalau tidak percaya, boleh tanya sendiri orang kampung, berapa ‘kerat’ (beberapa orang sahaja) yang tidak pernah jatuh motosikal akibat terlanggar taik mesin,” katanya.

Seorang pengusaha jentuai yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, berkata mereka terpaksa menggunakan jalan raya kerana harga sewa lori pengangkut setinggi RM300 untuk satu perjalanan.

“Kos yang tinggi ini tidak berbaloi untuk pemindahan jentera dalam jarak dekat.

“Jalan ladang yang ada hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, jika ada jalan ladang di semua kawasan kita tidak perlu guna jalan raya untuk alih jentuai,” katanya yang 10 tahun menguruskan perusahaan mesin menuai padi keluarganya.

Mohd Sharoni Ramli pula menyatakan tiada pilihan menyebabkan beliau dan pengusaha jentuai lain terpaksa mengguna jalan raya bagi memindahkan jentera itu.

“Kebanyakan sawah padi terletak berhampiran jalan raya, manakala jalan ladang atau jalan kampung jauh di belakang menyebabkan kami tiada pilihan mahu atau tidak untuk terus mengguna jalan raya,”

Kami membuat carian di YouTube dan dapati ada pengusaha jentuai yang bertanggungjawab menggunakan sebuah traktor kecil untuk membersihkan ‘tahi mesin’ yang terjatuh dari jentuai semasa melalui jalan raya.

Harap pengusaha jentuai dan pihak kerajaan negeri dapat berkerjasama bagi menyelesaikan masalah yang menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya sekian lama ini.

Pada bulan lalu Jabatan Perangkaan dedahkan jumlah sebenar penduduk negeri Perlis. Lebih ramai dari ‘jumlah anggaran’ yang menjadi bahan jenaka warganet.

Sering Dijadikan Bahan Jenaka, Jabatan Perangkaan Dedahkan Perlis Sebenarnya Memiliki 255,300 Penduduk

Demi Gambar OOTD, Pengunjung Sanggup Rosakkan Bunga LED Di Perlis

 

 

 

 

Sumber