Semalam, seorang ‘aunty’ berusia 77 tahun keluar ke rumah dengan niat untuk membeli sarapan buat dia dan suaminya. Namun, siapa sangka itu adalah kali terakhir dia keluar dan tidak lagi pulang.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi kemarin, terjadi bilamana dia mahu pulang ke rumah dengan menaiki basikal. Ketika berada di bahagian kiri jalan, dia tiba-tiba terbelok ke kanan dan terdapat satu MPV yang meluru laju menghentamnya dari belakang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan hentaman yang kuat, dia tercampak ke cermin depan kereta dan jatuh ke tanah. Dia terperangkap bersama basikalnya di bawah kereta dan diseret sejauh 10 meter sebelum kereta itu berhenti.

Dia mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepada dan beberapa tulangnya dilaporkan patah. Dia disahkan mati di tempat kejadian.

Anak si mati mengatakan bahawa ibunya akan keluar dari rumah setelah habis mengemas untuk membeli makanan buat ayahnya. Semalam, ibunya datang ke kedai untuk mengambil makanan. 15 minit selepas ibunya pulang, anaknya mendapat panggilan dari abangnya bahawa ibu mereka terlibat dalam kemalangan.

“Saya berlari keluar dari kedai dan terus menuju ke tempat kejadian, saya melihat ibu saya di bawah kereta, mati.” Dia menjelaskan bahawa ibunya telah menderita sakit sendi dan penglihatannya juga bertambah buruk dalam beberapa tahun ini.

Awani mendedahkan bahawa mayat ibunya telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk bacaan lanjut mengenai kemalangan yang berlaku sebelum ini, klik pautan di bawah.

Yang Di-Pertuan Agong Periksa Kemalangan Di Dua Lokasi Berbeza Sekitar Putrajaya

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Sumber