Satu masa dulu orang ramai tidak berapa mengambil peduli mengenai barangan bundle atau vintaj, namun sekarang barangan tersebut menjadi ‘lubuk emas’ kepada para penjual untuk membuat wang besar hasil jualan kepada peminat barangan itu.

Terbaharu, seorang pemilik topi lama Proton Saga Aeroback mendakwa telah mendapat tawaran setinggi RM12,000. Namun, dia mendakwa harga tersebut masih terlalu jauh daripada harga yang disasarkannya.

Sumber Gambar: Pemilik Topi Lama Proton Saga Aeroback
Sumber Gambar: Pemilik Topi Lama Proton Saga Aeroback

Hantaran Facebook itu telah menerima kritikan daripada orang ramai yang menegaskan harga tersebut tidak munasabah dan terlalu mahal untuk sebuah topi lama yang sudah lusuh tersebut.

Tambah orang ramai lagi, mereka meminta agar pembida yang menawarkan RM12,000 itu ‘memunculkan diri’ bagi membuktikan dia telah membuat tawaran harga setinggi itu.

Setakat artikel ini ditulis, pemilik topi ini tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diterimanya dan orang ramai berpendapat hantaran Facebook itu sekadar gimik kerana tiada siapa yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi mendapatkan topi lusuh tersebut.

Kata orang ramai lagi, lebih baik dapatkan sebuah Proton Saga Aeroback sebenar kerana harganya jauh lebih murah berbanding topi lusuh yang ditawarkan oleh pemilik ini.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk baca lagi artikel berkenaan barangan yang pernah ditawarkan pada harga yang tidak munasabah sebelum ini.

Pemuda Ini Dikecam Selepas Iklankan Motosikal RX-Z Dengan Harga Mencecah RM70,000

Selepas RX-Z RM70,000, Giliran Yamaha 125zr Pula Terjual Dengan Harga RM85,000