Tindakan seorang peniaga di Negeri Sembilan menggunakan pencuci lantai sebagai hand sanitizer di kedainya memakan diri apabila perbuatannya itu dikesan pihak berkuasa.

Menurut laporan Harian Metro, peniaga di Jempol itu mendakwa pencuci lantai yang digunakannya itu lebih murah dan boleh menghapuskan kuman pada tangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, tindakan licik peniaga itu berjaya dikesan ketika operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang diadakan baru-baru ini.

“Perbuatannya itu pula menganiaya kesihatan orang lain.

“Kerana kandungan bahan pencuci lantai boleh mendatangkan masalah kepada manusia,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Susulan daripada kejadian berkenaan, peniaga itu menurutnya telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Op Pematuhan SOP PKPP itu difahamkan diadakan bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari dan turut disertai beberapa agensi penguatkuasa lain bersama-sama Polis Diraja Malaysia.

Diharapkan dengan penguatkuasaan dan pemantauan berterusan daripada pihak berkuasa ini akan memberi kesedaran kepada peniaga-peniaga yang mungkin pernah atau terfikir untuk mengamalkan taktik licik ini.

Bukan sahaja boleh membahayakan pengguna namun ia juga boleh meletakkan pelanggan dalam risiko penularan wabak COVID-19 yang masih berada dalam masyarakat kita ketika ini.

Baca juga perkongsian perkembangan semasa dalam dan luar negara melalui pautan di bawah.

Ribuan Pekerja Bangladesh Tunjuk Perasaan Di Dhaka, Desak Mahu Pulang Ke Malaysia

‘Terima Kasih Atas Kebaikan Anda’- Netizen Sayu Lihat Reaksi Kanak-Kanak Ini Selepas Dapat KFC

Terkejut Lihat Menantu Sendiri Kemalangan Selepas Keluar Rumah Bersama-Sama