Kreativiti seorang peniaga yang menyertai satu pameran kereta di MAEPS, Serdang bawa padah selepas dia ditahan polis, semalam.

Berdasarkan laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berumur 43 tahun yang berniaga aksesori kenderaan ditahan pada jam 10.30 malam selepas kereta terbabit viral di TikTok dan beberapa platform media sosial yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Katanya, penahanan dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang selepas melakukan pemerhatian di pusat pameran itu dan merampas kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis.

“Kenderaan terbabit mempunyai cukai jalan lengkap dan digunakan oleh pemiliknya. Pemilik kenderaan telah dibebaskan pada 12 tengah malam dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak polis untuk melaksanakan tugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ini beberapa artikel lain berkaitan dunia custom. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bermula Dengan ‘Custom’ Hot Wheels, Remaja Ini Kini Buat Kereta Untuk Wak Doyok

TMJ Peragakan G-Shock ‘Custom’ Unik Yang Bakal Jadi Buruan Peminat

Sumber