Semalam merupakan hari pertama umat Islam berpuasa dan pastinya ramai lebih memilih membeli makanan di bazar Ramadan ataupun restoran kerana kekangan masa.

Kecewa dan sedih, itu apa yang dirasakan pengguna Facebook Sean Pablo apabila berkongsi gambar menunjukkan makanannya basi dalam satu perkongsian di Facebook. Menurutnya, makanan tersebut dibeli di sebuah kedai makan di Kota Damansara dan hatinya cukup kecewa melihat kuah dal untuk dimakan bersama roti canai yang beliau dapat sudah basi ketika mahu berbuka puasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot 2021-04-14 at 10.16.27 AM

Beliau yang berasa kecewa telah berkongsi rasa tidak puas hati dalam group di Facebook dan turut mengatakan telah menghubungi pemilik kedai makan tersebut untuk membuat aduan tetapi seolah-olah berdolak dalih dengan apa yang telah terjadi.

Perkongsiannya mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengatakan tidak wajar peniaga tersebut menyajikan kuah yang basi kepada pelanggan. Malah, tindakan peniaga tersebut menganiaya pelanggan.

Screenshot 2021-04-14 at 10.33.02 AM

Screenshot 2021-04-14 at 10.33.25 AM

Screenshot 2021-04-14 at 10.34.10 AM

Bukan itu sahaja, para netizen turut bimbang jika termakan lauk basi itu akan menyebabkan keracunan makanan. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman ‘pahit’ mereka menjamu selera di kedai tersebut. Apa pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi yang mudah untuk anda masak ketika berbuka puasa pada pautan di bawah ini.

12 Idea Serta Resipi Nasi Berlauk Bagi Yang Sedang Diet Dan Ingin Kurus

40 Inspirasi Menu Berbuka Puasa Selera Tempatan

Santan Perkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Dengan Ayam Percik Sempena Bulan Ramadan