Polis menahan pasangan suami isteri warga asing dipercayai menggunakan kekerasan terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menjalankan tugas di hadapan sebuah bank di Selayang, pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Heisham Harun berkata pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa DBKL tersebut pada 6.41 petang melibatkan dua warga asing yang enggan bekerjasama dan melakukan provokasi agresif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1512783869623541766

“Semasa penguat kuasa DBKL tersebut sedang melakukan rondaan, mereka terserempak dengan dua warga asing sedang berniaga di kawasan kaki lima bank tersebut dan bertindak menyita barangan mereka.

“Namun pasangan suami isteri itu bertindak menepis tangan pihak berkuasa yang sedang merakam video sehingga menyebabkan telefon bimbitnya jatuh dan rosak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Heisham berkata pasangan suami isteri itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dan meludah ke arah muka seorang daripada penguat kuasa DBKL selain mengoyakkan baju sendiri serta menuduh perbuatan tersebut dilakukan penjawat awam tersebut bagi mengelak dirinya ditangkap.

Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau. Suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bermula hari ini sehingga 22 April bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Rondaan serta serbuan pihak berkuasa terhadap warga asing adalah satu prosedur biasa pihak berkuasa bagi menjaga keharmonian masyarakat. Baca lagi beberapa berita serbuan pada pautan di bawah.

Lesap Ketika Serbuan Pihak Berkuasa, Warga Asing Kembali Berniaga Di Pasar Borong Selangor

Sita Barangan Penjaja Warga Asing Di Sekitar Ibu Kota, Netizen Ucap Tahniah Buat DBKL

Warga Asing Keluar Kenyataan Tidak Tepat Boleh Dibatalkan Pas Imigresen Dan Diminta Tinggalkan Negara

Sumber