Tular pada minggu lalu apabila Nasi Paku kembali menjadi trend di mana bungkusan nasi berlauk dibungkus atau ditutup menggunakan paku.

Trend tersebut telah mendapat perhatian pihak Public Health Malaysia selepas dilaporkan terdapat seorang kanak-kanak terpaksa dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan gara-gara tertelan paku. Difahamkan isu ini turut mendapat perhatian KKM menurut kenyataan DG Hisham pada 4 Januari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: The Star

Untuk pengetahuan, bukan sahaja penggunaan paku yang dilarang malah, pihak peniaga makanan yang membungkus makanan dengan dawai kokot, paku atau apa-apa peralatan yang tajam berpeluang dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun.

Difahamkan larangan keras ini dibuat dalam usaha untuk mengelakkan benda tajam tersebut memasuki makanan sekaligus dijamah pengguna di samping menjaga kebersihan makanan.

Sementara itu, hukuman lebih berat bakal dikenakan peniaga jika barangan bungkusan tajam ini ditemui dalam makanan di mana para peniaga bakal dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun.

Sehubungan dengan itu, para peniaga perlu mempunyai altenatif lain dalam memastikan bungkusan makanan yang dijual tidak mengandungi benda yang tajam bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna serta bebas daripada dikenakan denda.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu Nasi Paku yang telah mencederakan seorang kanak-kanak dengan klik pautan di bawah.

Angkara Trend ‘Nasi Paku’, Seorang Kanak-Kanak Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan

‘Derma RM5 Kena Ludah’ – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Berhadapan Pelarian Myanmar Besar Kepala