Selepas GoPro menjadi pencetus fenomena action cam beberapa tahun lepas, kini terdapat pelbagai syarikat-syarikat elektronik yang turut mengeluarkan produk dengan fungsi yang sama dan dijual pada harga yang jauh lebih rendah. Tapi masalahnya walaupun dijual pada harga lebih rendah, namun kualiti rakaman video ada yang tidak begitu memuaskan.

Oleh itu, jika anda sedang mencari action cam pada harga mampu milik tetapi masih mampu memberi kualiti rakaman terbaik, kami syorkan untuk dapatkan HTC RE.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

Seperti yang kita tahu, HTC merupakan jenama telefon pintar yang sudah dipercayai. Dan ini sebabnya mengapa action cam oleh HTC ini juga tidak patut diragukan. Buat pengetahuan anda, HTC juga ada mengeluarkan produk action cam dengan konsep yang sama dimiliki GoPro itu HTC RE E610.

HTC RE E610 menawarkan lensa sebesar 16MP 1/2.3, dengan sensor CMOS serta lensa ultra wide hingga 146 darjah. Seperti yang ditawarkan kebanyakkan action cam yang lain, HTC RE E610 turut hadir dengan ciri-ciri tahan lasak dan kalis air. Selain daripada memiliki tingkat resolusi 1080p @30fps dan 720p @120fps untuk slow motion video, yang paling menarik adalah kamera ini juga dilengkapi dengan grip sensor yang akan mengaktifkan kamera saat pengguna mengangkatnya.

2

Pada bahagian belakang kamera terdapat tombol shutter yang digunakan untuk menangkap gambar atau membuat rakaman video. Tentang kuasa operasi pula, kamera ini hadir dengan beteri 820mAh yang membolehkan anda mengambil gambar hingga 1.200 foto 16MP atau 1 jam 40 minit video dengan resolusi 1080p.

HTC RE turut menyokong internal memori sehingga 128GB. Untuk menggunakannya, kamera ini perlulah disambungkan ke telefon pintar anda melalui aplikasi HTC Zoe. Boleh muat turun di play store untuk pengguna androind, manakala app store untuk pengguna iOS.

Screenshot_3

Jika anda berminat untuk memilikinya, minggu ini merupakan waktu paling cantik kerana Lazada sedang menawarkan potongan harga sebanyak 40% dengan harga jualan serendah RM269.00 sahaja. Boleh dapatkan di sini.

Tambah lagi sebab kenapa ianya wajar dimilik. Reka bentuk yang ringkas dan kemas, mudah digunakan, kecil, ringan serta mudah dibawa.