Bukan sahaja di Malaysia tetapi saat ini seluruh dunia sedang berjuang melawan penyebaran wabak COVID-19. Umum mengetahui bahawa kebanyakan negara telah menutup sempadan seperti Australia.

Terbaharu, kerajaan Jepun telah memutuskan untuk gantung visa ketibaan bagi 11 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika bermula pada hari ini berikutan penularan wabak COVID-19 yang membimbangkan ramai pihak.

Difahamkan sebanyak 750,000 visa yang digantung adalah dari negara Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Israel, Qatar, Bahrain, Republik Demokratik Congo dan juga Malaysia.

B4D93CDD-4BC0-4FFD-BAEF-B1ABEB713802@2x
Gambar hiasan. Sumber: ciklisawangi.blogspot

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini kerajaan Jepun telah gantung visa di 40 negara termasuk China, Korea, Iran, Arab Saudi dan Eropah. Sepatutnya pembatalan visa di China dan Korea akan berakhir pada penghujung Mac tetapi dilanjutkan sehingga ke akhir bulan April.

Pastinya ini salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan Jepun untuk pastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung dalam negara tersebut.

Sementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang isu semasa di Malaysia.

AirAsia Sedia Gantung Perkhidmatan Hampir Semua Penerbangan Sehingga 25 April Ini

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

6 Aktiviti Bermanfaat Anda Boleh Lakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Sumber