Bagi peninju MMA, apabila mendapat slot untuk satu perlawanan penting, ianya adalah sesuatu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Tidak bagi Khabib Nurmagomedov, 27 yang menolak pelawaan perlawanan penting di UFC 200 di Las Vegas, 9 July 2016 ini.

Sebabnya adalah beliau tidak mahu persiapan untuk perlawanan itu menjejaskan tanggungjawab beliau untuk berpuasa di bulan Ramadan. Khabib atau ‘The Eagle’ adalah antara top contender untuk UFC Lighweigh Division. Beliau berasal dari etnik Avar dari kawasan Russian Dagestan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khabib (rekod 23-0 MMA, 7-0 UFC) pada awalnya dipilih untuk berlawan dengan Tony Ferguson (rekod 20-3 MMA, 10-1 UFC). Tetapi nama beliau digugurkan kerana Khabib ingin berpuasa di bulan Ramadan. Peninju MMA tidak dibenarkan berlawan jika mereka tidak mengikuti diet yang teratur. Kekurangan air dalam badan adalah bahaya bagi peninju MMA.

kha 3

Jika beliau menang, perlawanan dengan Ferguson sebenarnya dapat meningkatkan peluang Khabib untuk memenangi tali pinggang kejuaraan tetapi Khabib tetap dengan pendiriannya.

“Saya tahu badan saya perlukan rehat. Bulan Jun adalah permulaan Ramadan dan saya mahu berehat seketika dan kembali sekitar bulan September atau October. Tetapi kalau UFC bijak dan memilih saya untuk bertarung di New York, New ada lebih sejuta orang yang boleh bercakap bahasa Russia. Saya mungkin terkenal di New York dan saya boleh bertarung di New York. Tetapi buat masa sekarang saya mahu berehat sebentar,” kata Khabib.

Bila baca sesuatu seperti ini, apa pula alasan anda untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan ini? Jadi sama-samalah kita menjaga kesihatan semoga dapat berpuasa dengan baik sepanjang Ramadan nanti. Kita juga fighter seperti Khabib. Anda boleh dengar temubual bersama Khabib di sini.

kha 2