Tahukah anda muay thai adalah antara seni bela diri paling merbahaya di dunia? Kalau anda ingin cari gaduh dengan sesiapa yang belajar ilmu muay thai, anda mungkin akan fikir banyak kali selepas melihat video ini.

Dalam satu perlawanan yang berlangsung beberapa hari lalu, fighter muay thai bernama Jeremy menerima satu serangan siku terus ke dahinya yang dibuat oleh lawannya. Dalam video yang kini tersebar daripada perlawanan itu, beliau pada mulanya tidak berasa apa-apa tetapi perlawanan itu diberhentikan terus oleh pengadil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebabnya? tanpa disedari Jeremy, dahinya sudah membengkak akibat serangan padu daripada lawannya itu. Sejurus perlawanan itu, rakannya Johnny Betts memuat naik gambar ini untuk berkongsi keadaan kepala rakannya selepas perlawanan tersebut.

Menurut Johnny, rakannya itu mengalami keretakan di bahagian dahi dan memerlukan pembedahan untuk merawat retak berkenaan. Pembedahan berkenaan berjalan lancar dan dahi Jeremy kini dimasukkan plat aluminium. Jeremy bernasib baik kerana tiada kecederaan otak dialaminya daripada perlawanan beliau di Patong Stadium ini.

Jika orang biasa yang terkena serangan ini, kemungkinan akan menemui ajal sangat tinggi. Disebabkan Jeremy seorang fighter muay thai yang sudah biasa menerima serangan sepert ini, beliau dapat survive impak serangan yang sangat kuat.

Serangan ini nyata tidak mematahkan semangat Jeremy untuk terus berlawan di gelanggang muay thai selepas beliau pulih nanti. Buat masa ini, Jeremy perlu berehat terlebih dahulu untuk beberapa bulan.