Satu demi satu pemain dari Thailand berhijrah ke kelab dan liga yang lebih tinggi taraf berbanding Toyota Thai Premier League musim 2018 ini.

Terbaru, penjaga gol kebangsaan Thailand dan juga Muangthong United, Kawin Thamsatchanan, akan menyertai sebuah pasukan Oud-Heverlee Leuven FC dalam saingan liga divisyen 2 Belgium atau lebih dikenali sebagai ‘Belgian First Division B’.

Di negara Belgium, Belgian First Division A merupakan liga divisyen tertinggi yang dahulunya dikenali sebagai Jupiler Pro League.

King Power Buka Jalan Untuk Kawin Berhijrah

Oud-Heverlee Leuven FC, merupakan sebuah kelab bola sepak yang dimiliki oleh King Power, sebuah syarikat yang menguruskan perniagaan ‘Duty-Free’. Syarikat ini juga merupakan pemilik kepada kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Leicester City FC.

King-Power-en-OHL.jpg.519043f3378f7effd13be82c06fdfac7

Kelab yang berpangkalan di Leuven ini juga merupakan ‘affiliate club’ bersama Leicester City FC.

Dalam saingan ‘Belgian First Division B’, Oud-Heverlee Leuven FC sekarang berada dalam kedudukan terbaik untuk layak ke saingan play-off Europa League musim akan datang, apabila berada ditangga ke 3 keseluruhan 2017–18 Belgian First Division B, berbaki 7 perlawanan.

Pemain Muangthong United Ke 4 Berhijrah

Dengan perpindahan ini, SCG Muangthong United telah kehilangan 4 pemain utama mereka untuk menghadapi musim 2018 bermula dari Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo), Teerasil Dangda (Sanfrecce Hiroshima), dan Theerathon Bunmathan (Vissel Kobe).

Jelas dapat diperhatikan disini, SCG Muangthong United ‘berkorban’ melepaskan pemain-pemain utama mereka berhijrah untuk menerima pendedahan untuk meningkatkan kualiti terutama kepada pasukan kebangsaan Thailand yang akan beraksi dalam saingan Piala Asia UAE 2019 nanti.

Teeratep Winothai Buka Jalan Di Belgium

Untuk pengetahuan juga, Kawin bukanlah pemain Thailand pertama berhijrah ke Belgium kerana sudah ada pemain dari Thailand berkelana terlebih dahulu.

10 tahun lalu, pada 2008, penyerang tersohor Thailand ketika itu, Teeratep Winothai pernah menyertai kelab divisyen 1 Belgium, Lierse SK selama 2 musim sehingga tahun 2010 dari BEC Tero Sassana.

Seperti juga yang berlaku di J.League, Adul Lahso pernah bersama Gainare Tottori pada musim 2008 dan beraksi dalam 16 perlawanan Japan Football League (JFL).