Ini adalah kisah akhir seorang penjaga hutan Amazon yang sentiasa berjuang melawan pembalakan haram.

Paulo Paulino Guajajara, ahli keluarga kepada Guajajara yang berusia 26 tahun telah tinggal di hutan Amazon, Brazil sejak dia dilahirkan lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi pada umur semuda itu, dia akhirnya tewas di tangan sekumpulan pembalak haram apabila ditembak mati pada hari Jumaat lalu.

Terkenal dengan panggilan Lobo – bermaksud serigala di dalam bahasa Sepanyol – dia dilaporkan sedang melakukan aktiviti memburu sebelum diserang oleh lima pembalak haram, lapor Reuters.

Semasa pertempuran di antara Lobo dan sekumpulan pembalak haram, dia telah ditembak di bahagian muka manakala rakannya cedera teruk dan dihantar ke hospital oleh pemimpin puak, Laercio Guajajara.

Lobo merupakan anggota Guardian of the Forest, sebuah kelompok yang dibentuk untuk melawan kartel pembalakan liar di kawasan tersebut.

03sm04k19nas-3-5dbf207e1c49a
Suara Merdeka

Lobo dikenali oleh masyarakat tempatan dan suku asli di sana sebagai Penjaga Hutan. Dia mula melakukan aktiviti ini pada tahun 2012 bagi melindungi kawasan hutan, suku kaum dan beberapa puak lain yang tinggal jauh di dalam hutan.

Ini bukanlah kali pertama pembalak haram menyerang suku asli di sana. Laporan daripada Majlis Mubaligh Adat Brazil – sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mempertahankan kaum pribumi Amazon – telah merekodkan 135 orang telah dibunuh pada 2018.

Sejak 2012, pembalak haram telah membunuh sekurang-kurangnya tiga penjaga hutan disebabkan mereka telah membakar lebih 200 kem pembalakan haram.

Berikut adalah artikel kami yang lain berkenaan hutan Amazon dan alam sekitar. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Mengapa Kita Perlu Risau Jika Hutan Amazon Musnah Dalam Kebakaran

Henry Beremosi Selepas Tonton Video Ancaman Manusia Terhadap Alam Sekitar