Sekitar dua hari yang lepas, Marvel Studios baharu sahaja melancarkan trailer bagi filem adiwira terbaharu mereka iaitu Shang-Chi and the Legends of Ten Rings yang bakal ditayangkan pada 3 September tahun ini. Menariknya, Shang-Chi merupakan karakter adiwira Asia pertama dalam Marvel.

Sedikit sinopsis, filem ini mengisahkan tentang Shang-Chi, seorang pakar seni bela diri Kung Fu yang perlu membanteras kejahatan yang dilakukan oleh organisasi pengganas Ten Rings.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah menarik, ilmu Kung Fu yang dimiliki Shang-Chi itu diajar oleh Death Dealer, salah seorang ahli Ten Rings manakala ayahnya, Wenwu juga sebahagian daripada organisasi itu. Sedar dengan kejahatan yang dilakukan Ten Rings, Shang-Chi terpaksa menentang ‘sifu’ dan ayahnya sendiri.

Anda peminat setia filem Marvel, terma Ten Rings bukanlah satu yang asing malah organisasi ini sudah lama wujud sejak fasa Marvel Cinematics Universe (MCU) yang pertama bermula dalam filem Iron Man (2008).

Sekiranya anda masih ingat mahupun tidak, Tony Starks pernah diculik untuk dibunuh oleh sekumpulan pengganas yang diupah oleh Obadiah Stane dalam filem Iron Man. Untuk pengetahuan, kumpulan pengganas itu sebenarnya merupakan sebahagian cabang kumpulan dalam organisasi Ten Rings.

https://www.youtube.com/watch?v=r3GQbPPMj3s

Flag_of_the_Ten_Rings
Logo Ten Rings. Sumber: MCU Fandom

Berdasarkan laporan, logo organisasi Ten Rings yang berbentuk ‘gelungan sepuluh cincin’ jelas kelihatan dalam babak tersebut. Ini menjadi bukti bahawa Ten Rings sudah lama wujud. Namun, Marvel nampaknya seperti tidak mahu para peminat Iron Man beranggapan bahawa Ten Rings merupakan salah satu musuh terkuat dalam MCU dan disebabkan itulah organisasi ini tidak terlalu menonjol dalam filem tersebut.

MCU dalam filem solo Iron Man menjadi serabut apabila munculnya The Mandarin, penjahat dalam Iron Man 3. Menurut laporan Screen Rant, The Mandarin merupakan salah seorang daripada ketua dalam organisasi Ten Rings. Akan tetapi, berlaku plot twist dalam Iron Man 3 apabila watak The Mandarin telah dipalsukan oleh Trevor Slattery, karakter yang berperanan sebagai seorang pelakon.

Indentiti The Mandarin asli mahupun yang palsu telah mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat filem Iron Man. Berikutan itu, satu filem pendek telah diterbitkan khas untuk menceritakan karakter Trevor Slattery bertajuk All Hail the King (2014).

Dalam filem ini, Traver dipenjarakan atas kesalahan menyamar sebagai The Mandarin palsu dan menyebarkan video berunsurkan ancaman. Berikutan itu, salah seorang daripada ahli Ten Rings telah menghantar seorang ejen untuk memecah masuk ke penjara bagi menyiasat identiti Trevor dan ingin mengetahui siapakah The Mandarin yang asli. Tetapi, The Mandarin asli masih dirahsiakan oleh Marvel dalam filem ini.

Sumber: MCU Fandom
Sumber: MCU Fandom

Persoalan mengenai The Mandarin dan Ten Rings di MCU masih tiada jawapannya. Apa yang pasti, peranan Ten Rings sebagai antagonis masih lagi dianggap penting dalam MCU kerana ia turut diselitkan secara senyap oleh Marvel dalam filem Ant-Man. Ini dapat dibuktikan menerusi watak seorang ejen yang bertatukan logo Ten Rings pada lehernya.

20-2
Ejen bertatukan logo Ten Rings di lehernya. Sumber: Games Radar

Disebabkan persoalan yang timbul mengenai peranan The Mandarin dan Ten Rings di MCU, Marvel dengan ini menjelaskan bahawa kesemua itu bakal terjawab dan dijelaskan dalam filem Shang-Chi and the Legends of Ten Rings. Untuk mengetahui siapakah The Mandarin yang sebenar? Sama-sama kita tunggu tayangan filem ini nanti.

Sebelum ini, Donnie Yen dan Ludi Lin dijangka bakal membintangi filem Marvel Shang-Chi. Klik sahaja pautan di bawah ini untuk bacaan selanjutnya.

Donnie Yen Dan Ludi Lin Dijangka Bakal Membintangi Filem Marvel ‘Shang Chi’

Marvel Akan Filemkan Shang-Chi Sebagai Watak Adiwira Asia Pertama