Lebih 20,000 penjaja kecil di negeri Johor bakal dikecualikan daripada bayaran lesen penjaja bermula 1 September ini. Pengecualian bayaran ini melibatkan penjaja di pasar malam, pasar sehari atau pagi, penjaja bergerak, penjaja statik dan peniaga Pasar Karat.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, yakin untuk melaksanakan tindakan ini berikutan dengan kestabilan kewangan kerajaan negeri yang berada dalam keadaan yang baik. Kedudukan kewangan ini dipercayai cukup untuk menampung dan tidak akan menjejaskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri tersebut.

Kerajaan negeri Johor juga akan membantu PBT melalui pemberian Geran Keseimbangandan peruntukan pembangunan untuk memastikan perlaksanaan projek dan program terlaksana. Walaubagaimana pun, penjaja masih perlu membuat permohonan untuk mendapat kelulusan lesen bagi tujuan pemantauan.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group