Sekarang ini, berlaku lambakan penjaja-penjaja tepi jalan terutamanya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di mana terdapat penjaja-penjaja yang menjual barangan mereka secara terus ke tingkap kereta.

Menurut portal Terengganu Today melaporkan, penjaja pelbagai jenis makanan di persimpangan lampu isyarat di Terengganu yang tidak menghentikan aktiviti itu bakal berdepan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 sekiranya didakwa di mahkamah.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Wan Hapandi Wan Nik berkata, keputusan itu dibuat disebabkan tempoh akhir dibenarkan untuk aktiviti perniagaan tidak sah itu telah berakhir pada November lalu.

Tambah beliau lagi, pihaknya telah memutuskan untuk melaksanakan operasi bagi fasa pertama bermula hari ini hingga 31 Disember bagi memastikan keselamatan penjaja dan keselesaan pengguna jalan raya.

penjaja-jalanan-1
Sumber: funtasticko.net

Kata Wan Hapandi, operasi itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Bersepadu Penjaja di Wisma Darul Iman.

Wan Hapandi berkata, penguatkuasaan akan dibuat berdasarkan peraturan-peraturan antaranya Peraturan Lalulintas 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993.

Isu berbangkit ini telah menerima pelbagai respon daripada netizen. Ada yang bersetuju hukuman dan denda patut dikenakan kepada penjaja-penjaja tersebut.

Namun, terdapat juga netizen yang tidak bersetuju dengan inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri tersebut. Mereka berhujah

Pada pendapat anda, wajarkah hukuman ini dilaksanakan kepada penjaja-penjaja ini? Ini pula beberapa berita berkaitan penjaja tepi jalan.

Manipulasi Simpati, Ini Taktik Berkesan Peniaga Kerepek Jalanan Kutip RM150 Dalam Sejam

Penjaja Kecil Di Johor Bakal Menerima Pengecualian Bayaran Lesen

Hanya Jual Ayam Goreng RM1, Peniaga Ini Raih Pendapatan RM15,000 Sebulan