Lebih dua juta orang telah menandatangani petisyen menggesa mahkamah mengubah hukuman penjara selama 110 tahun ke atas seorang pemandu trak yang menyebabkan kemalangan sehingga mengorbankan empat orang, lapor Lad Bible.

Rogel Lazaro Aguilera-Mederos berumur 25 tahun memandu trak di Colorado, pada April 2019, apabila dia merempuh kira-kira dua dozen kenderaan sehingga mengakibatkan letupan besar yang mengorbankan empat orang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lazaro memberitahu polis bahawa dia hilang kawalan dan terpaksa melanggar bahu jalan apabila lalu lintas mula dipenuhi dengan kereta disebabkan satu lagi kemalangan yang berlaku pada masa tersebut.

Dia didapati bersalah atas 42 pertuduhan, termasuk membunuh, serangan tahap pertama dan memandu secara cuai – dan pada minggu ini, dia dijatuhi hukuman penjara selama 110 tahun.

Petisyen yang ditujukan kepada Gabenor Colorado Jared Polis dan mahkamah Jefferson County itu menyebut bahawa Lazaro tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah, atau pernah terlibat dengan jenayah. Dia juga tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mengambil dadah.

Selain itu, mereka yang menurunkan tandatangan telah meminta mahkamah untuk melihat kembali kes tersebut kerana ia berlaku tanpa sengaja dan bukan perbuatan jenayah daripada pihak pemandu.

Petisyen pecat Amber Heard daripada Aquaman 2 cecah satu juta sokongan. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Petisyen Pecat Amber Heard Daripada Aquaman 2 Cecah Satu Juta Sokongan

Pelajar Tingkatan 1 Lancar Petisyen Mansuhkan Peraturan ‘Rambut Pendek’ Di Sekolah

Hampir 75,000 Orang Tandatangan Petisyen Bantah Mansuh Elaun Kritikal