Pada minggu lalu, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, melawat San Quentin, iaitu sebuah penjara berhampiran Lembah Silikon yang mengajar penghuninya bagaimana untuk mengaturcara (coding).

Lawatan ini berlaku selepas beliau membaca buku “The New Jim Crow” oleh Michelle Alexander yang menceritakan hubungkait di antara ‘peperangan menentang dadah’, perkauman, dan pemenjaraan besar-besaran di Amerika Syarikat. Zuckerberg melawat San Quentin untuk melihat “keadaan penjara daripada kaca mata rakyat,” tulis beliau dalam satu pos Facebook.

Melalui sebuah bootcamp yang digelar Code.7370, penghuni terpilih diberi peluang untuk mempelajari bagaimana untuk mengaturcara. Program ini dicipta oleh seorang venture capitalist, Chris Redlitz yang pernah memberikan ceramah keusahawanan di penjara itu melalui NGO yang diasaskan oleh beliau, The Last Mile. Kedua-dua projek ini dibuat untuk membantu mengurangkan kadar banduan berulang dan membantu bekas banduan mula bekerja.

Menurut pegawai penjara, program-program latihan semula seperti yang dijalankan di San Quentin melaporkan kes banduan berulang hanya pada kadar 7.1%, berbanding pada kadar 54.3% untuk keseluruhan populasi banduan di California.

Ini adalah Penjara San Quentin, terletak kira-kira 20 batu dari South of Market, rumah kepada banyak startup di San Francisco.

REUTERS/Robert Galbraith

Selepas salah satu ceramah beliau di penjara, Redlitz begitu kagum dengan tahap pengetahuan perniagaan dan keinginan untuk belajar penghuni-penghuni di situ yang kemudian menyebabkan beliau mula bekerja untuk menyediakan sebuah program “technology accelerator” (pemangkin teknologi).

REUTERS/Robert Galbraith

The Last Mile ditubuhkan sebagai satu program berdurasi 6 bulan untuk membantu penghuni penjara menukar minat mereka menjadi idea-idea perniagaan. Setelah selesai program, para tetamu dijemput untuk mendengar banduan-banduan ini membentangkan idea bisnes mereka.

REUTERS/Robert Galbraith

Pada tahun 2014 , The Last Mile melancarkan Code.7370, iaitu program pembelajaran HTML, JavaScript, CSS, dan Python untuk penghuni-penghuni penjara.

REUTERS/Robert Galbraith

Oleh kerana sambungan internet dilarang di penjara, para penghuni mempelajari pengaturcaraan melalui simulasi servis web dan simulasi servis pengaturcaraan.

REUTERS/Robert Galbraith

California membayar USD $60,000 setahun untuk Code.7370, mengikut laporan USA Today.

REUTERS/Robert Galbraith

Tetapi hanya mereka yang terpilih berpeluang mengikuti kelas ini. Daripada 200 orang yang memohon, hanya 23 orang terpilih, menurut laporan VICE News.

REUTERS/Robert Galbraith

Setelah terpilih, seorang banduan menulis di dalam laman web Quora: “Saya mengaku saya amat gembira kerana terpilih menjadi salah seorang peserta dalam program mengaturcara yang baru dan amat unik ini. Walau bagaimanapun, saya harus mengawal perasaan saya kerana saya sedar terpilih menyertai program ini hanyalah sebahagian kecil daripada cabaran lain yang mendatang.”

REUTERS/Robert Galbraith

Di sini, banduan duduk dan mendengar ucapan sebagai graduan kelas Code.7370. Harapannya adalah supaya mereka mempunyai kemahiran secukupnya untuk menyertai pasaran kerja.

REUTERS/Robert Galbraith

Redlitz bercadang untuk mengembangkan lagi program dengan menawarkan kelas visualisasi data serta web dan reka bentuk pada tahun-tahun mendatang.

REUTERS/Robert Galbraith

BACA: Gelandangan Ini Diberi Pilihan $100 Atau Pembelajaran Coding Selama 2 Bulan. Lihat Apa yang Terjadi Seterusnya

BACA: Walaupun Bernilai USD$820 Juta CEO Zappos Memilih Untuk Tinggal Dalam Trailer

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram