Sebagai usaha untuk menjaga kebersihan pantai yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, Thailand sedang dalam usaha untuk mewartakan pantainya sebagai kawasan larangan merokok.

Ini termasuk kawasan pantai yang popular seperti Phuket. Langkah ini diambil selepas laporan jabatan marin Thailand yang perlu mengutip ribuan sisa puntung rokok yang mengotori pantai. Ianya sebagai langkah untuk mengurangi jumlah sampah yang perlu dikutip di samping menjaga kebersihan pantai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan, pasukan kebersihan pantai mengutik hampir 138,000 puntung rokok di sepanjang pantai Patong, Phuket dan perokok yang menghisap rokok dan membuang puntung di dalam laut juga turut akan diperhatikan.

smoking

Bagi mereka yang tidak patuh, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau didenda 100,000 Baht (lebih kurang RM12,700). Namun, kawasan untuk morokok tetap akan disediakan tetapi ianya akan terletak di kawasan luar pantai. Tempat khas untuk anda membuang puntung rokok juga akan disediakan di kawasan berkenaan.

Setakat ini 20 pantai sedang dalam fasa percubaan iaitu pantai di Phuket, Prachuap Khiri Khan, Chon Buri, Songkhla, Koh Samui dan Pattaya. Larangan merokok ini sudah pun bermula di pantai-pantai ini bermula bulan ini. Anda yang mungkin pergi bercuti di pantai-pantai sekitar kawasan ini, berhati-hatilah. Baca papan tanda yang ada di pantai atau anda mungkin didenda on the spot.

Sumber