Assalamualaikum semua.

Ada rasa ragu-ragu juga nak kongsi ni, sebab takut ada yang rasa tak selesa. Tapi kalau lihat dari segi sejarah, elok kongsikan sebab dengan sejarahlah, kita akan dapat belajar macam-macam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Okay, bulan Julai tahun lepas, saya ke Riga, Latvia, sekadar transit antara Tbilisi, Georgia dan Tallinn, Estonia. Saya minat dengan sejarah perang, jadi saya dapat tahu ada pusat tahanan KGB di tengah Riga.

Sedikit pengenalan pada KGB, KGB adalah agen keselamatan untuk pihak Soviet Union. Seperti puak rejim Khmer Rouge di Cambodia, tugas KGB adalah untuk mencari maklumat, menghapuskan musuh dan menyebarkan rasa takut rakyat pada Soviet Union.

Sebuah bangunan apartment mewah yang pada asalnya, amat terkenal dengan imej eksklusif di kalangan bangsawan, bertukar tangan dan dibeli oleh kerajaan Latvia dan ia dijadikan sebagai bangunan kerajaan. Bangunan ini diberi nama “The Corner House”.

Sehinggalah tentera Soviet Union memasuki Latvia pada tahun 1940, dan mereka menjadikan “The Corner House” sebagai pusat tahanan utama KGB untuk Latvia. Tiada alamat yang spesifik, hanya cari corner di persimpangan Brivibas dan Stabu street.

Selepas KGB memiliki “The Corner House”, rekod melaporkan pada tahun 1941, seramai 15,000 orang hilang dan tiada siapa yang tahu kesudahan nasib mereka sejak mereka diberi waran tangkap oleh agen KGB.

Bahagian luar bangunan ini kelihatan seperti bangunan biasa. Ini untuk mengelakkan dari orang awam menghidu kegiatan sebenar KGB di dalam bangunan ini.

Tingkat atas adalah untuk pejabat-pejabat pegawai KGB, tapi di bahagian tingkat paling bawah sekali, terletaknya sel-sel penjara yang amat kecil, hanya untuk kapasiti 4 orang banduan, tapi KGB meletakkan sekurang-kurangnya 20 orang banduan dalam satu sel.

Selain dari sel-sel penjara, bilik soal siasat dan seksaan banduan, dan akhir sekali, bilik untuk skuad penembak juga berkongsi tingkat yang sama. Di situ lah banduan diletakkan, di soal siasat dan akhir sekali, dihukum tembak sampai mati.

Tiket masuk berharga 5 Euro untuk seorang.