Amaran kepada perokok-perokok di seluruh Malaysia. Anda akan mula dikenakan denda jika menghisap rokok di semua premis makanan bermula 1 Januari 2020.

Perokok yang ingkar akan larangan ini akan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun, lapor Awani.

Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.

Berita ini disampaikan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan kementeriannya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.

Manakala 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok serta 3,889 yang lain diberikan notis kerana ingkar larangan merokok.

Berikut adalah cerita lain mengenai aktiviti merokok yang membahayakan kesihatan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Marlboro Meninggal Dunia, Tidak Pernah Menghisap Rokok Sepanjang Hidupnya

Tujuh Individu Tewas Cabar Larangan Merokok Di Tempat Makan Awam

Penjualan Cecair Rokok Elektronik Mengandungi Nikotin Bakal Dikenakan Denda Atau Penjara

Sumber