(Amaran! Nota ini paling berat yang pernah aku keluarkan. Hanya sesuai dibaca di waktu lapang dan fikiran tenang. SHARE dulu jika belum bersedia.)

Nota ini hanya sesuai untuk mereka yang bersemangat tinggi, kental dan berusaha kuat untuk mencapai apa yang dihajati di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Nota ini sedikit berat tapi jika nota ini pun kita tidak mampu nak hadam, jauh panggang dari api untuk dapatkan RM10,000 bersih sebulan. Ini panduan umum dan perlu dilaras atur kembali bagi menyesuaikan dengan kondisi komitmen dan masa masing-masing.

VIa Fahme Burger Teluk Intan
VIa Fahme Burger Teluk Intan

Jom kita mulakan,

1. Idea Bahan Jualan

PERTAMA kira KOS dan cari supplier bahan mentah untuk dijadikan bahan jualan kita, pilih bahan jualan yang memberi keuntungan bersih RM1/item atau yang memerlukan modal 40% seperti nasi bungkus, kuih muih, air dan banyak lagi bahan jualan yang boleh difikirkan. Selepas mendapat idea bahan jualan, pastinya kita tahu bahan apa yang diperlukan, buat survey cari bahan yang terbaik dan murah.

2. Pekerja

KEDUA cari PEKERJA, disebabkan kita mempunyai kekangan masa dengan kerja untuk menjayakan misi ini, kita perlu mengambil 4 jenis pekerja yang berlainan tugas iaitu:

1. Jurudapur : berperanan menyiapkan bahan jualan, bekerja hanya di rumahnya sendiri dengan dibantu oleh seorang pembantu. Boleh runding dengan makcik-makcik yang ada bakat menyediakan bahan jualan di taman terdekat.

2. Pembantu jurudapur : membantu jurudapur melakukan kerja-kerja remeh seperti membasuh bekas, mengupas, menyediakan bahan dan lain-lain. Minta makcik tu carikan seorang yang dia senang untuk bekerja bersama.

3. Runner: berperanan mengambil dan menghantar bahan yang diperlukan oleh jurudapur dan sebagai jur ambil dan hantar bahan jualan ke outlet-outlet yang telah dibuka oleh salesmen. Juga sebagai pemegang amanah duit untung untuk dibank in setiap hari selepas habis jualan. Cari dalam group FB tempat anda tinggal, pastikan yang ada kereta dan ada lesen memandu.

4. Salesmen: menjaga dan menjual kepada pengguna akhir di outlet yang akan memberi pulangan keuntungan kepada perniagaan anda. Cari lokasi yang strategik dan tanyakan khabar orang sekitar tempat tu.

3. Gaji

KETIGA menetapkan GAJI pekerja.

Gaji pekerja berbeza mengikut tugas, kiraannya seperti di bawah:

1. Jurudapur starting RM800, akan dinaikkan RM200-RM300 setiap outlet baru dibuka, peningkatan ini akan menjadi motivasi kepada jurudapur untuk menjaga kualiti bahan jualan.

2. Pembantu jurudapur RM600, dinaikkan jika bebanan bertambah, mengikut rundingan, pastikan win-win situation.

3. Runner RM1100, sedikit mahal kerana termasuk kos minyak kereta dan cagaran kepercayaan memegang duit untung untuk dibank in setiap hari.

4. Salesmen bergaji tetap RM700 sebulan, cuba pastikan jualan dihabiskan setiap outlet, kaji pasaran sebaiknya.

4. Alat

KEEMPAT sediakan alatan niaga, alat ini boleh didapati di Mudah.my. Guna yang 2nd hand pun tak apa. Ianya ada 3 jenis iaitu:

1. Untuk digunakan oleh jurudapur seperti tong gas, dapur, periuk belanga, bekasan, senduk, sudu dan lain-lain. Modal sekitar RM1,300.

2. Bekas sepatutnya yang ingin digunakan untuk meletakkan bahan jualan di outlet-outlet. Modal sekitar RM130.

3. Meja kerusi, payung dan bunting jenama produk untuk setiap outlet yang dibuka. Modal sekitar RM400.

5. SOP

KELIMA jelaskan SOP yang dikehendaki bagi setiap posisi pekerja, jurudapur, pembantu jurudapur, runner dan salesman, tulis, print dan berikan kepada mereka.

6. Prestasi

KEENAM mulakan dengan hanya membuka sebuah outlet sahaja dahulu, tengok prestasi selama sebulan, insyaAllah mulakan dengan Bismillah dan rujuk panduan ini segala kos yang terlibat tidak sedikitpun akan menyentuh gaji bulanan anda, modal permulaan untuk projek ni bawah RM2000 iaitu semua kos di point yang PERTAMA dan KEEMPAT.

7. Promosi

KETUJUH anda buat fan page FB dan bina jenama. Post dalam group kawasan jualan, biar orang ingat nama gerai kita. Pastikan bunting tu diletakkan di meja atau payung gerai supaya orang nampak dari jauh.

Meja, kerusi, payung dan bunting disimpan oleh salesman, terpulang atas kepandaian dia nak simpan di mana-mana tempat selamat.

Bagaimana nak dapatkan RM10,000 bersih sebulan?

Begini, anda kena buka sekurang-kurangnya 5 outlet di kawasan tumpuan dan setiap satunya perlu membuat jualan RM250 sehari. (Kalau nasi 100-120 bungkus sahaja) × 26 hari bekerja = RM6500. Tolak 40% kos bahan mentah = RM3900 × 5 outlet = RM19,500. Tolak pula gaji semua pekerja (selepas ada 5 outlet gaji mereka meningkat) seperti di bawah:

1. Jurudapur RM3000

2. Pembantu jurudapur RM1200

3. Runner RM1800

4. Salesman RM700 × 5 org = RM3500

Jumlah gaji pekerja RM9500 jadi baki ada RM10,000 bersih untuk anda.

CELARU? Tak pelik sebab aku sendiri nak create strategi ini perlu masa dan pengalaman lebih daripada 5 tahun. Mana mungkin baca sekali terus hadam, untuk lebih jelas sila baca dan tulis semula atas kertas beberapa kali. Klik SHARE jika anda betul-betul berminat untuk dipraktik satu hari nanti.

Sekarang otw ke airport, doakan aku sekeluarga selamat kembali ke Malaysia.

Sekadarnya, Terima kasih.

Baca lebih banyak nota bisnes jalanan, di FB Peniaga Jalanan.

BACA JUGA: 6 Idea Perniagaan Modal Rendah Dengan Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan