Sejak semalam hangat dibicarakan di media sosial mengenai saranan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham yang menjelaskan wanita berpurdah juga perlu memakai pelitup muka dalam situasi COVID-19 ketika ini.

Saranan itu yang diberikan ketika sidang media sebelum ini mencetuskan perdebatan terutamanya dalam kalangan netizen yang mungkin hanya membaca arahan tersebut secara sepintas lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi mungkin ramai yang tidak menonton jawapan penuh daripada ketua pengarah kesihatan kita ini yang bertungkus-lumus melawan COVID-19 sejak dari hari pertama lagi.

Untuk mengelakkan kekeliruan, berikut adalah jawapan yang mungkin boleh memberikan gambaran yang lebih luas mengenai perdebatan pemakaian pelitup muka oleh mereka yang berpurdah.

Ikut saranan WHO

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO.

“Kalau satu lapisan tak cukup, jadi kita syorkan mereka yang pakai purdah dalam tu boleh pakai pelitup muka sama ada jenis fabrik atau 3 ply mask. Itu lah cadangan kita kepada mereka yang memakai purdah,” jelas Dr Noor Hisham.

Hal ini juga menurutnya adalah selari dengan makluman Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam bermula 1 Ogos lalu.

Untuk pemilihan pelitup muka pula, beliau menjelaskan mereka ini boleh memilih untuk memilih sama ada pelitup muka perubatan seperti yang dipakainya ketika sidang media berkenaan atau pun pelitup muka jenis fabrik.

Semalam, saranan daripada beliau kepada wanita berpurdah itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen dengan ada yang berpendapat pemakaian berpurdah sudah cukup untuk menggantikan pelitup muka.

Bagaimanapun, selepas mendengar kembali penjelasan yang diberikan Dr Noor Hisham ini, saranan itu adalah untuk memastikan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan bagi mengekang penularan wabak berkenaan berbanding pemakaian apa-apa pakaian atau fabrik yang hanya mempunyai satu lapisan.

Baca juga perkongsian lain daripada kami berhubung perkembangan semasa COVID-19 ketika ini di pautan di bawah. 

Keluarga Difitnah Dan Dipulau, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Dilayan Bagai Penjenayah Selepas Positif COVID-19

Menteri Pendidikan Jelaskan Mengapa Sekolah Masih Dibuka Walaupun Kes COVID-19 Meningkat

Pakar Jangka Gelombang Ketiga COVID-19 Di Malaysia Berlarutan Hingga Tahun Depan

Sumber