Baru-baru ini tular apabila seorang pengguna Twitter menubuhkan satu tabung kutipan melalui cara crowdfunding  – bagi membantu membiayai pembelian Personal Protective Equipment kepada petugas barisan hadapan COVID-19.

Untuk memudahkan pembaca yang kurang jelas, istilah crowdfunding ini merujuk kepada usaha kutipan dana yang diterima daripada orang awam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hanya selepas beberapa hari dijalankan dan dibuka untuk sumbangan, tabung tersebut sudah pun berjaya mengumpul kutipan lebih kurang RM55,000.

Dana daripada kutipan itu dipercayai diuruskan secara peribadi dimana semua hasil sumbangan dimasukkan ke akaun bank milik persendirian.

Walaupun kelihatan seperti tiada kesalahan dan usaha tersebut layak mendapat pujian, namun tahukah anda perbuatan melakukan crowdfunding menggunakan akaun bank peribadi dan tidak menggunakan saluran yang betul seperti NGO yang berdaftar ini sebenarnya boleh menjadi satu kesalahan.

Perkara itu dijelaskan oleh @faizedzahar dalam ciapannya yang menjelaskan dengan terperinci bagaimana perkara itu boleh menjadi kesalahan.

Beliau dipercayai merujuk kepada kes yang dibincangkan terlebih awal dalam penulisan ini- melakukan crowdfunding untuk membantu membiayai pembelian PPE kepada petugas kesihatan.

Jika anda merupakan salah seorang netizen yang sentiasa berada di alam maya, pasti anda pernah berhadapan dengan situasi melihat aktiviti crowdfunding ini dilakukan oleh individu-individu persendirian terutamanya mereka yang dianggap influencer dalam kalangan pengikut.

Mengakui perkara itu bukanlah baru pertama kali berlaku di Twitter, Faiz juga sempat berkongsikan dua contoh peribadi beliau mengenai aktiviti crowdfund yang pernah dilakukan rakannya sebelum ini.

“Pertama, kumpul dana untuk fund projek niaga dari orang ramai.Bila fund projek, biasa akan dijanjikan semula modal serta dividen.

“Nampak macam ok. Ada agreement lawyer apa bagai. Tapi pada mata BNM dan LHDN salah ye. Depa akan trigger dan caj kau kutip dana tanpa laluan sah.

“Kedua, kumpul dana untuk bantu orang. Macam ramai orang buat. Tapi silapnya tanpa organisasi sah.

“Lagi parah pakai akaun peribadi untuk collect dana. Sudahnya dia kena trigger dan soal siasat. Kena denda nyaris nak masuk ke dalam.

Tambah beliau, perkara ini akan berlaku selepas terdapat orang ramai yang tidak berpuas hati dengan cara pengendalian dana dan mula membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai perkara itu.

“Jadi berjaga-jagalah kalian untuk buat benda gini. Ya betul buat benda bantuan begini.

“Tambahan jika melibatkan orang ramai, risiko kena tindakan undang-undang lagi tinggi,” jelasnya.

Pandangan pakar perbankan tempatan

Dalam satu dokumen yang dibekalkan kepada pihak The Vocket, seorang Financial Crime Investigator di salah sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur menjelaskan perkara itu juga adalah salah di sisi undang-undang.

photo_2020-03-28_21-16-02

photo_2020-03-28_21-15-59

Menurut beliau, aktiviti crowdfunding boleh dikategorikan sebagai pengambilan deposit secara haram (illegal deposit taking) jika tidak mempunyai dokumentasi yang lengkap dan berlesen.

Manakala seorang lagi pegawai perbankan, perbuatan crowdfunding secara tidak sah ini juga boleh menyebabkan seseorang itu didakwa di bawah dua akta.

“Satu bawah Financial Services Act (FSA) S.137- illegal deposit taking. FSA berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia.

“Satu lagi di bawah Section 179 of The Capital Markets and Services Act di bawah Suruhanjaya Keselamatan,” jelasnya.

Menurut mereka lagi, individu yang disyaki bersalah juga boleh didakwa kerana menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

photo_2020-03-28_21-15-56

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah dan tolong menolong dalam kalangan masyarakat. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai gesaan netizen yang meminta makanan tidak lagi dihantar ke hospital dalam berdepan situasi COVID-19 ini. 

Minta Dahulukan Masyarakat, Netizen Gesa Henti Hantar Makanan Ke Hospital

Penderma Misteri Sumbang Mesin Kesan COVID-19 Bernilai RM148,000

Netizen Terharu Petronas Sumbang RM20 Juta Untuk Hadapi COVID-19

Sumber