Nota Editor : Kisah ini asalnya diterbitkan di fb wall Al Irfan Jani, seorang usahawan dan juga penulis di SaleStory-Teller. Kami menerbitkan semula di The Vocket dengan izin dari penulis asal. Semoga perkongsian ini membantu anda bila berada dalam situasi yang hampir serupa.

penjual-tak-jujur

Saya baru pulang dari ‘belasah’ satu syarikat yang menipu dalam timbangan dan sukatan. Semoga ini terkandung juga dalam amar makruf nahi mungkar.

SITUASI : Ibu saya membeli sekotak sampul surat. Disebabkan ingin beli banyak dan murah (pukal/borong), maka beliau ke sebuah kilang pemborong alat tulis di Plentong.

Selepas 2 minggu, ibu saya baru buka kotak itu untuk mengedarkan kad jemputan pada rakannya. Sepatutnya ada 500 keping sampul. Tapi, rupa-rupanya ‘hilang’ lagi 150 keping.

DI KAUNTER

– “Cik. Saya datang ini nak buat tuntutan. Kotak sampul surat kami tidak cukup 150 keping sampul. Ini resitnya.”

Pegawai membelek resit, “Sebentar ya saya rujuk di ofis.”

Seorang Supervisor telah keluar, “Maaf ya Encik, ini resit kita tak boleh guna, sebab ia dah lama berlalu. Kalau seminggu kami boleh terima lagi.”

– “Itu hari raya Cina, kedai ini tutup 1 minggu, macam mana saya mahu tuntut?”

Supervisor, “Patut you call kami dulu. Beritahu.”

– “Kami baru buka ini kotak lepas 2 minggu beli. Jadi macam mana, kami tertipu dan kami tak dapat ganti rugi?”

“Itu bukan masalah kami, Encik. You patut kira masa nak bayar.”

(Wah, aku dalam hati dah membuak. Dia ingat sempat pulak mak aku nak mengira kalau dah ramai beratur di belakang.)

– “Saya nak cakap dengan bos you.”

Rupanya bos dia pun menyusul di belakang Supervisor. Oh muda 20-an rupanya. Kes masih belum diselesaikan. Alasannya saya lewat buat laporan. Pekerjanya yang ramai semua terhenti buat kerja. Mujur pelanggan di situ tidak sepadat sebelum perayaan tempohari.

– Ini poin terakhir saya, “You ingat, ya. Ini short bukan sikit-sikit punya. I datang jauh bukan mahu kedekut dengan rugi sen-sen. This is a serious matter. It’s all about integrity issue. I boleh report KPDNKK, I boleh request legal injunction, you punya premise boleh tutup bisnes 3 months for investigation.”

Bos muda ini pun dah makin serius nampaknya, “Ok, where’s your proof?”

Saya begitu yakin syarikat ini mengamalkan budaya yang tidak sihat. Saya biasa mengetahui teknik penipuan ini dari rakan-rakan pembekal. Katanya, kalau short 50 pcs setiap bundle A4 (500 pieces per bundle), bukannya pelanggan perasan. Dari 10 bundle asal, boleh dapat 1 bundle baru.

Baiklah, dia mencabar saya. Maka dengan keyakinan tinggi dan sedikit lakonan drama, maka saya pun,

– “OK, sekarang, I beli mana-mana kotak. I bayar ini kotak. Kalau I kira depan you, kalau masih tak cukup 500 pieces, let’s see how much you’ll lose then.”

Saya angkat satu kotak, bawa ke kaunter, keluarkan dompet. Pekerja di situ takut-takut nak selesaikan bayaran saya. Baru saja pekerjanya nak mengimbas kod bar, keluar seorang tua berbadan besar.

“Aiyaa, ___(cakap kantonis dengan anaknya)___ Sori-sori, bos. Ala ini small matter. Boleh setel kawan-kawan. You tak cukup berapa pieces?”

Ohhoo… ada lagi bos besar di sini. Anak bos rupanya dia ni. Anak bos itu pun berbincang dengan ayahnya, dan akhirnya bos besar keluarkan bungkusan dari ceraian kecil, dan dia serahkan pada saya 150 keping sampul.

Bos ini minta maaf sangat-sangat kepada saya. Namun, sebelum beredar sempat saya menyinggahkan kata-kata ini, “You better watch out your move, sir. Anytime tupai mesti jatuh punya.”

Sekian, begitulah drama yang berlaku sepintas lalu. Sengaja saya biarkan suri dan anak duduk di kereta. Tak sanggup rasanya menayangkan watak ‘gelap’ saya sebagai penguatkuasa kebenaran ini.

BACA: Siapa Sangka Orang Luar Begitu Tergila-gila Akan Produk Buatan Tempatan Ini

Like page The Vocket di Facebook