Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru sahaja memuat naik sebuah kenyaatan media di laman Twitter miliknya menyatakan pihaknya bakal menguatkuasakan peraturan baharu bagi larangan merokok kepada semua remaja di bawah usia 18 tahun.

Larangan merokok kepada remaja bawah 18 tahun akan diperluaskan kepada semua rokok elektronik termasuk vape.

“Peraturan baharu itu terkandung dalam akta baharu yang digubal KKM dan KPDNHEP yang kini sedang disemak Jabatan Peguam Negara” umum Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkenaan larangan terbaru ini.

Mana-mana pihak selain disebut, jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan Vape dan Shisha juga turut termasuk dalam larangan merokok. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Vape Dan Shisha Bernikotin Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok

Vape Dan Shisha Di Premis Makanan Tidak Termasuk Dalam Larangan Merokok KKM

Anda Tidak Lagi Boleh Vape Di Singapura Bermula Februari Ini

 

Sumber