3 bulan mungkin bukanlah sebuah tempoh yang lama untuk sebuah smartphone flagship. Ditambah pula dengan kehadiran ke beberapa negara sedikit lewat, Apple iPhone 7 mungkin masih releven untuk didapatkan ketika ini namun sebaliknya berlaku.

Melalui laporan daripada Nikkei, bilangan penjualan Apple iPhone 7 menurun sebanyak 10%. Jumlah yang agak besar untuk sebuah syarikat yang menghasilkan telefon dengan jumlah yang banyak .

Lebih merisaukan, jumlah penurunan itu hadir lebih awal daripada apa yang dirancangkan sekaligus bakal membuatkan iPhone 7 sebagai model pertama yang gagal menyaingi penjualan model sebelumnya iaitu iPhone 6s.

Berdasarkan hype marketing pada awal pelancaran, ditambah pula dengan kegagalan pesaing terdekat mereka iaitu Samsung, ramai pihak termasuk Apple menjangkakan iPhone 7 dapat dijual dengan lebih banyak unit.

Berikutan permintaan yang kurang tinggi, Apple bercadang untuk mengurangkan pengeluaran iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Kegagalan Apple untuk menyiapkan bilangan komponen dual-lens yang mencukupi bagi iPhone 7 Plus turut menjadi punca.

Untuk dibandingkan bersama model-model telefon yang lain, penjualan Apple iPhone masih tinggi untuk 3 bulan pertama namun gagal untuk mengikut rentak seperti yang apa yang Apple harapkan.

Baca lagi: Apple Mahu iPhone Terbaru Dipasang Di India Bermula Tahun Hadapan

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤