Disaat beberapa syarikat automotif di Malaysia gagal untuk mendapatkan peningkatan jualan, Lamborghini Kuala Lumpur kekal positif dari segi jualan selepas berjaya meningkatkan jumlah jualan sebanyak 52% berbanding tahun lalu.

Berdasarkan laporan yang diumumkan, Lamborghini Kuala Lumpur sudahpun berjaya menjual sebanyak 38 unit supercar pada tahun ini berbanding tahun lalu yang cuma 25 unit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
2017-lamborghini-huracan-performante-first-drive
Model terlaris Lamborghini KL. Sumber: Motor1

Pengarah Urusan Lamborghini Kuala Lumpur mengesahkan model yang terlaris pada tahun ini adalah Lamborghini Huracan Performante. Mengulas mengenai strategi masa terdekat, syarikat ini kekal positif untuk terus menawarkan lebih banyak model buat para pengguna dimana Lamborghini Aventador SVJ bakal diperkenalkan seawal tahun hadapan. 

Peningkatan jualan Lamborghini ini sekaligus memberi indikasi bahawa golongan bangsawan di Malaysia semakin positif dalam mendapatkan kereta sukan mewah untuk kegunaan berbanding tahun-tahun yang lalu.

Sumber