Pernahkah anda terfikir alangkah indahnya jika dapat hadir ke sebuah konsert muzik kegemaran anda tanpa perlu bersesak dengan orang ramai serta mendapat pandangan yang sempurna tepat ke arah band kegemaran anda? Kini, dengan adanya realiti maya dan video 360-darjah, penstriman konsert muzik impian anda bakal menjadi kenyataan.

correct-6

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Google yang pada mulanya melancarkan sokongan untuk video 360-darjah pada Mac 2015 yang terdiri daripada beberapa kategori yang berbeza telah menghasilkan pelbagai karya yang menakjubkan menggunakan teknologi tersebut.

Kini, Youtube menyediakan fungsi untuk menyiarkan video-360 secara langsung dan audio spatial. Setelah bertahun-tahun menyiarkan festival Coachella secara langsung untuk peminat-peminat di seluruh dunia yang tidak dapat hadir ke festival tersebut, pada tahun ini Youtube akan membawa persembahan-persembahan dari artis-artis terpilih dan juga detik-detik terbaik dari festival Coachella dalam 360-darjah hujung minggu ini.

 

Buat anda yang menggunakan peranti Android anda boleh tekan di sini untuk mendapatkan senarai video 360-darjah daripada Youtube di sini.

Jika anda seperti saya dimana sangat berminat dengan filem School of Rock, anda pasti terhibur dengan video 360-darjah yang dihasilkan oleh School of Rock the Musical ini.

Sumber