Syarikat induk penerbangan nasional Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) hari ini mengesahkan notis tender terbuka yang dikeluarkan pada 12 Julai lalu untuk penjualan pesawat dan/atau komponen Airbus 380 (A380).

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan bahawa keputusan ini adalah sebahagian daripada proses penstrukturan semula yang selesai pada Mac 2021. Syarikat penerbangan juga akan meneliti setiap permohonan oleh pembida dan menjangkakan ia akan selesai pada suku keempat 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi mana-mana pihak yang berminat untuk membeli pesawat ini supaya menghantar cadangan mereka pada 12 Ogos 2021 nanti.

Screenshot 2021-07-16 at 9.51.33 AM
Linkedin

Malaysia Airlines sebelum ini telah menjadi organisasi penerbangan terpantas dalam sejarah melaksanakan proses penstrukturan semula hutang dalam tempoh yang singkat iaitu dalam masa empat setengah bulan.

Difahamkan hutang berjumlah RM15 bilion yang membabitkan 75 pemiutang perlu ditanggung oleh Malaysia Airlines dalam pelan penstrukturan semula itu.

Dalam laporan berita pada 4 Mei lalu, MAG pernah menyatakan hasrat untuk mencari jalan bagi melupuskan enam pesawat Airbus A380 kerana ia tidak termasuk dalam perancangan masa depan untuk Malaysia Airlines.

Ibarat berada di KLIA, Malaysia Airlines ubati kerinduan kaki travel dengan audio ASMR. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ibarat Berada Di KLIA, Malaysia Airlines Ubati Kerinduan Kaki Travel Dengan Audio ASMR