Sejak pihak kerajaan memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada Februari lalu, dapat dilihat sehingga kini segelintir kelompok yang memilih untuk menolak vaksin. Pilihan yang dibuat golongan ini nyata membimbangkan orang ramai kerana khuatir bakal lebih mudah dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Menurut pensyarah kanan Jabatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, beliau berpendapat golongan yang menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 wajar menanggung risiko.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam erti kata lain, golongan ini perlu membayar kos rawatan secara penuh apabila dimasukkan ke hospital jika disahkan positif COVID-19. Beliau mengulas golongan ini perlu bertanggungjawab dengan pilihan yang dibuat kerana memilih untuk menolak vaksin yang ditawarkan.

Sumber: harian metro

Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan, Dr Halimatus Sakdiah berpendapat peraturan sedia ada perlu dikekalkan dalam menyekat pergerakan golongan yang menolak vaksin bagi mengurangkan risiko peningkatan kemasukan ke hospital.

Dr Halimatus Sakdiah juga berpendapat pihak berkuasa perlu mengenakan denda berat kepada individu yang tidak divaksin yang melanggar peraturan dan SOP berkenaan.

Dalam pada itu, beliau bersetuju tidak mempunyai kaedah khusus dalam mengesan individu tidak divaksin yang melanggar SOP kerana masyarakat kini semakin kreatif dalam mencari cara melanggar peraturan yang ditetapkan.

Sementara itu, mereka yang sudah mendapat dua dos suntikan vaksin serta remaja dan kanak-kanak yang belum divaksin juga telah dibenarkan untuk merentas negeri menerusi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lalu.

Tular pada minggu ini apabila seorang ustaz didapati mempromosikan cucuk vaksin ‘kosong’ dalam menawarkan sijil palsu.

Promosikan Cucuk Vaksin ‘Kosong’ Dan Sijil Palsu, Netizen Mahu Ustaz Ini Dikenakan Tindakan

Ahli GPMC Kedah Cadang Pakai ‘Tin Foil’, Takut Diganggu Dengan Isyarat 5G Vaksin COVID-19

Sumber