Tular di laman sosial satu klip video rancangan temu bual yang membincangkan tentang pekerjaan penghantar makanan atau runner yang kini dilihat sebagai salah satu pilihan pekerjaan yang popular dalam kalangan anak muda.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh penyarah jemputan untuk sesi temu bual tersebut ternyata sangat kontroversi dan tidak disenangi oleh netizen terutamanya para rider dan runner.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=f2WV18lCjUM

Pensyarah berkenaan secara terbuka melabelkan pekerjaan runner atau rider ini sebagai ‘tidak bermaruah’ dan cuba untuk memperbetulkan kenyataannya apabila beliau sedar sudah terlepas cakap. Namun, kenyataan itu sedikit sebanyak telah melukakan hati rakyat Malaysia yang menjadikan pekerjaan ini sebagai mata pencarian.

Pengguna Facebook bernama Iman Runner antara yang kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pensyarah tersebut. Bagi beliau, runner yang ‘tidak bermaruah’ inilah yang bekerja keras demi kesenangan orang lain. Kerja yang lakukan semuanya demi sesuap nasi dan kelangsungan hidup.

Saudara Qayyum Irwanzi juga tidak senang dengan kenyataan yang dibuat dan berkata tidak semua orang mempunyai laluan hidup yang sama. Ada yang mudah mengecap kejayaan dan ada yang tidak begitu bernasib baik.

Qayyum juga turut menambah jangan menghina pekerjaan orang lain kerana kita tidak tahu bagaimana mereka bergelut untuk sesuatu pekerjaan berkenaan.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata banyak hati yang terluka,” tulis Qayyum menutup tulisannya. Sehubungan itu, netizen mahu pensyarah berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka dan berharap tidak ada lagi mana-mana individu memandang rendah pekerjaan halal yang ada di Malaysia.

Sebelum ini, kenyataan pengarah urusan Foodpanda berkenaan isu gaji turut menerima respon bercampur daripada netizen. Baca lagi di sini.

Pengarah Urusan Foodpanda Tidak Kisah Jika ‘Rider’ Tinggalkan Servis Mereka

Rating Foodpanda Di Play Store Jatuh Menjunam Gara-Gara Diserang Netizen