Konsert Billie Eilish Happier Than Ever – The World Tour 2022 telah menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam dan Billie Eilish telah menghiburkan peminatnya selama sejam 30 minit dengan persembahan yang bertenaga.

Walaupun konsert tersebut meriah tetapi ada peminat kurang berpuas hati dengan pengurusan konsert yang seolah-olah menipu duit mereka. Menjengah ke media sosial, penonton yang menghadiri konsert untuk di zon 1 sehingga 4 terpaksa melihat Billie Eilish daripada jauh kerana pentas yang kecil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak hanya itu, para peminat juga berasa kecewa dengan ‘sound system’ yang digunakan kerana mereka tidak mendengar suara Billie Eilish dengan jelas. Walaupun berasa kecewa tetapi para peminat tetap ‘enjoy’ dengan konsert tersebut.

Keluhan mereka yang menghadiri konsert Billie Eilish ini telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen berasa bimbang jika konsert yang mereka akan hadiri kelak seperti konsert Justin Bieber akan berdepan situasi yang sama.

https://twitter.com/izzulbahrin/status/1560370489171644416

Oleh itu, rata-rata netizen berharap pihak penganjur akan menambah baik dan memastikan konsert akan datang tidak berdepan situasi seperti ini atau boleh memilih tempat lain seperti Axiata Arena untuk memuaskan hati mereka yang menghadiri konsert.

Tahukah anda bahawa ada yang beratur seawal 4 pagi untuk menghadiri konsert Billie Eilish ini? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Gigih Beratur Seawal 4 Pagi Dan Berpanas, Peminat Billie Eilish Kongsi Keterujaan Hadiri Konsert

Selamba Curi Telefon Sewaktu β€˜Live’, Wajah Pencuri Yang Tersebar Ini Jadi Perhatian Netizen