Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perbuatan cop parkir di tempat letak kereta awam memang salah satu jenis kesalahan yang sering kali dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @whatitdostu berkongsi satu rakaman video di mana dia terpaksa berhadapan dengan seorang wanita yang enggan memberikannya meletakkan kereta walaupun ruangan parkir tersebut kosong.

@whatitdostu

“This is my parking, go look for a different one” said the lady. I didn’t know this kind of people still exist.. lmao #fyp #foryoupage #fypシ #malaysia

♬ original sound – 🦋✨ – 🦋✨

Menurut @whatitdostu, wanita tersebut mendakwa tempat letak kereta yang kosong itu miliknya walaupun tidak kelihatan kereta lain ketika waktu itu. Kejadian tersebut berlaku di satu kawasan sekitar Sri Petaling.

Hantaran video itu telah mendapat lebih 270,000 kali tontonan dan hampir 1,000 komen daripada orang ramai yang mengecam tindakan wanita yang pentingkan diri sendiri itu.

Sumber Gambar: TikTok @whatitdostu

Sumber Gambar: TikTok @whatitdostu

Sumber Gambar: TikTok @whatitdostu

Tambah orang ramai lagi, memandangkan kejadian itu mempunyai rakaman video, ia boleh dijadikan bukti jika @whatitdostu membuat aduan kepada pihak berkuasa dan wanita tersebut boleh dikenakan tindakan.

Menurut PDRM, perbuatan cop parkir salah dari segi undang-undang dan ia jatuh di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 119, mana-mana pesalah akan didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.

Bacaan kenyataan lanjut daripada pihak PDRM mengenai kesalahan cop parking melalui pautan di bawah.

Individu Halang Kotak ‘Parking’ Boleh Didenda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan

‘Double-Park’ Kereta Pemandu Mengandung, Sikap Pemilik Honda Civic Ini Undang Kecaman Netizen

Dikecam Pura-Pura Cacat Untuk Dapat Parkir, Ini Penjelasan Daripada ‘Lelaki OKU’ Tersebut

Anda Mungkin Suka