Pada 5hb Jun 2018, hari pertama saya dan keluarga memulakan kembara malaya 44 hari. Malam itu saya keluar untuk membeli makanan sahur. Lokasinya berdepan gerbang masuk ke Dannok.

Kira-kira jam 10.00 malam, sebuah kereta Malaysia yang baru melintasi border dalam 50 meter telah terlanggar sebuah motosikal Thai yang sedang U-Turn.

Pemilik kenderaan TIDAK memiliki Insurans Thai dan declaration custom form. Dia juga tidak stamping passport. Menurutnya sekadar masuk hendak makan. Allahu Akbar! Nasibnya hanya Allah yang tahu.

Oleh itu saya menasihati anda semua agar mematuhi peraturan negara Thai. Ini kerana selangkah kaki melepasi sempadan, kita tertakluk pada undang-undang dan peraturan negara Thailand.

Pastikan anda ada insurans berikut :

1. Insurans Por Ror Bor

– Por Ror Bor atau Compulsory. Insuran ini WAJIB beli. Biasanya mereka sebut insurans 9hari RM16-RM18.

– Insurans ini menanggung kos rawatan hospital kita dan penumpang. Maksimun tuntutan Thb80,000 (bergantung kepada polisi dan jenis syarikat atau pembekal). JIKA KITA BERSALAH.

– Jika kita tidak bersalah, anda boleh membuat tuntutan lebih menurut polisi dan ketetapan pembekal insurans.

2. Insurans Voluntary

– Voluntary atau insurans yang disyorkan bagi membayar ganti rugi kepada kenderaan yang terlibat dengan kenderaan anda, jika anda bersalah.

– Jika anda tidak bersalah, anda boleh menuntut ganti rugi ke atas kenderaan yang terlibat kemalangan bersama anda. Kelebihan insurans ini, ianya membantu anda daripada membayar pempasan yang di luar jangka. Biasanya orang sebut ‘pau’.

3. Insuran Travel

– Insurans ini perlu sekiranya anda menghadapi penyakit kronik secara tiba-tiba kerana kos hopital di Thailand sangat tinggi bagi bukan warganegara.

4. Extra Thai

– Kedua-dua Insurans ini (Extra Thai dan insurans travel) anda boleh rujuk agen insurans anda di Malaysia. Penyedia insurans ada menyediakan insurans jenis ini ketika anda melancong. Boleh semak dengan pengendali insurans anda.

NASIHAT CIKGU JOE SATUN

INGAT: Selangkah kaki anda ke seberang sempadan Thailand, anda tertakluk dengan peraturan dan undang-undang NEGARA THAIlAND.

KOS insurans ini tidak begitu mahal tetapi dapat melindungi anda jika berlaku sebarang kemalangan tidak dijangka.

MALANG TIDAK BERBAU. Bantu untuk kongsi. Banyak lagi kawan-kawan ambil mudah.