Sebelum anda membeli sesuatu barangan, adakah anda akan menyemak dahulu kandungan dalam sesuatu barangan dan memastikan ia halal untuk dimakan?

Terbaharu, sebuah video TikTok telah dikongsikan kembali di Twitter dimana memaparkan keluhan seorang pengguna mendakwa bahawa bahan perasa yang dijual di pasaraya mengandungi babi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video tersebut, pengguna itu mengatakan dia bernasib baik kerana menyemak dahulu bahan yang digunakan dalam perasa terbabit. Melihat kepada label tersebut, kami mendapati bahawa ianya bukan mengandungi babi tetapi ianya boleh digunakan pada daging babi.

Susulan penularan video itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pengguna tersebut kerana salah memberikan informasi sedangkan ia tidak mengandungi babi seperti dakwaannya.

https://twitter.com/fairfirdaus/status/1615507822913150978

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa mungkin pengguna itu tidak fahami label tertulis dan disebabkan itu berlaku salah faham. Apa-apa pun, anda dinasihatkan agar menyemak dahulu sebarang informasi yang tular agar tidak terpedaya.