Ramai yang bertanya kepada saya mengenai isu kemalangan yang melibatkan kenderaan yang disewa di Thailand. Nasihat daripada saya; JANGAN menyewa kenderaan yang tidak mengambil insurans perlindungan untuk penyewa apa lagi daripada syarikat atau ejen yang tidak berlesen.

Sekiranya tiada kenderaan sewa seperti yang saya nyatakan di atas, bawalah kenderaan sendiri atau naik sahaja kenderaan awam. Namun, bagi menjawab soalan tersebut, pandangan saya adalah seperti di bawah.

Sekiranya anda mengikuti tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya telah mencadangkan supaya kita ambil 4 jenis insurans sebelum melancong ke Thailand iaitu:

1. Compulsory Insurance Thailand
2. Voluntary Insurance Thailand
3. Extension 101
4. Travel Insurance

Kesemua insurans yang saya nyatakan di atas ada perlindungannya yang tersendiri. Saya tidak bercadang untuk mengulas kesemua insurans di atas memandangkan saya telah menulis secara panjang lebar mengenai isu kemalangan di Thailand sebelum ini.

Ada Personal Liability Coverage di dalam Travel Insurance yang mungkin boleh membantu kita sekiranya ada tuntutan daripada pihak ketiga. Contoh Travel Insurance di bawah memberi coverage sebanyak RM1 juta. Coverage ini boleh membantu kita sekiranya ada 3rd Party Claim.

Persoalannya, adakah Travel Insurance yang ada Personal Liability Coverage memberi coverage apabila kita menyewa kenderaan di luar negara atau ia hanya cover 3rd Party Claim apabila kita menggunakan kenderaan sendiri, Udara atau kenderaan awam? Check lah dengan Travel Insurance Company tersebut apa coverage yang diberikan & baca Polisi Travel Insurance tersebut betul-betul. Setiap insurans yang kita ambil ada rules & regulations yang perlu dipenuhi apabila hendak membuat sesuatu claim.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya secara ringkas. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat apa-apa kesilapan fakta atau undang-undang di dalam tulisan ini. Pembaca dinasihatkan membuat ‘research’ sendiri dan boleh bertanya terus kepada syarikat-syarikat insurans mengenai coverage yang ditawarkan oleh mereka.

Terpulang kepada anda sama ada hendak ambil Compulsory Insurance sahaja, Compulsory & Voluntary Insurance sahaja, Compulsory, Voluntary & Extension 101 sahaja Atau kesemua insurans yang saya cadangkan di atas termasuk Travel Insurance.

Hak masing-masing. Buatlah pilihan sendiri. Pandangan saya, sediakan payung sebelum hujan. Malang tidak berbau. Ia boleh menerpa pada bila-bila masa & kepada sesiapa sahaja.

Sebaik-baiknya, ambillah keempat-empat Insurance yang saya cadangkan di atas sekiranya anda melancong ke Thailand dengan membawa kenderaan sendiri. Sekiranya anda melancong dengan kenderaan awam sama ada melalui darat atau udara, sebaik-baiknya ambillah Travel Insurance.

Sekali lagi saya ulang, Jangan menyewa kenderaan yang tidak ada Coverage Insurance kepada Penyewa.

Sekadar peringatan. Kita juga perlu tahu sedikit sebanyak mengenai undang-undang Thailand seperti Thailand melarang kita untuk membawa Walkie Talkie, Vape, Dadah dan Drone. Patuhilah undang-undang tersebut.

Semoga tulisan saya ini ada memberi manfaat kepada pembaca.

Wallahu A’lam. Salam ikhlas daripada saya.