Sebut mengenai Casio G-SHOCK pasti orang ramai tanpa mengira lapisan umur mengenalinya. Berjaya menempa nama hampir empat dekad dan menjadi jenama ikonik membuatkan model ini sering kali digunakan ramai khususnya dalam kalangan anak muda.

Kehadiran model terbaru yang penuh gaya dan fungsi sememangnya membuatkan G-SHOCK sangat versatil untuk digunakan sepanjang masa.

Mengulas mengenai fungsi, tahukah anda model G-SHOCK G-SQUAD series turut dilengkapkan dengan beberapa ciri seperti tahan hentakan, pengukuran jarak dan larian dan juga penjejak langkah. Pemantauan degupan jantung turut tersedia bagi beberapa model jam G-SHOCK terpilih. Hal ini antara faktor yang membuatkan model ini sentiasa menjadi pilihan ramai.

Terbaharu, G-SHOCK telah melangsungkan sebuah kempen menampilkan beberapa atlet Malaysia yang memperlihatkan mereka menggunakan G-SHOCK dalam kehidupan seharian. Ketahanan dan fungsi yang tersedia antara yang membuatkan G-SHOCK G-SQUAD series menjadi pilihan mereka.

Menariknya, menerusi kempen yang dijalankan anda juga berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif daripada G-SHOCK dengan mengikuti tiga langkah mudah ini sahaja.

1. Rekodkan sekurang-kurangnya 1,000 langkah

Kami yakin ramai daripada anda bergerak lebih daripada 1,000 langkah sehari. Malah, perjalanan singkat dalam pasar raya atau kedai terdekat sahaja sudah mampu untuk merekodkan sekitar 1,000 langkah.

2. Papar jumlah langkah anda menerusi aplikasi penjejak langkah

Setelah berjaya lengkapkan lebih 1,000 langkah, anda hanya perlu papar jumlah langkah di dalam aplikasi penjejak langkah pada jurujual sebagai pengesahan.

3. Raih 10% diskaun buat model G-SQUAD 

Semudah ikuti langkah seperti di atas, para pengguna berpeluang menerima baucar diskaun sebanyak 10% untuk setiap pembelian model G-SQUAD tidak termasuk model jam tangan pintar dan juga edisi terhad. Mudah bukan?

Menerusi pembelian model G-SHOCK G-Squad series, para pembeli turut berpeluang mendapatkan shaker 600ml khas daripada G-SHOCK sementera stok masih ada.

Bukan itu sahaja, G-SHOCK sedia menawarkan waranti tambahan selama 12 bulan buat para pembeli menjadikan setiap model yang dibeli dilengkapi dengan waranti 24 bulan. Para pembeli berpeluang mengantifkan waranti ini seawal 14 hari sejak pembelian dibuat menerusi pendaftaran secara e-waranti.

Sekiranya anda sudah lama menyimpan hasrat untuk kembali bersukan atau sedang aktif bersukan, G-SHOCK G-SQUAD series pastinya bakal memenuhi keperluan anda. Penawaran hadiah eksklusif serta baucar daripada G-SHOCK membuatkan pembelian model ini lebih berbaloi.

Apa tunggu lagi? Mungkin inilah masa terbaik buat anda mendapatkan model G-SQUAD dengan harga yang berbaloi serta hadiah yang pelbagai daripada G-Factory, butik G-SHOCK dan juga pengedar rasmi G-SHOCK. Ketahui lebih lanjut mengenai pengedar rasmi G-SHOCK di Malaysia dengan klik di sini.