Umum mengetahui bahawa kediaman yang berdekatan dengan kemudahan awam pasti nilainya mahal. Akan tetapi, ini adalah bonus point untuk mereka yang tidak memiliki kenderaan sendiri kerana ianya memudahkan.

Terbaharu, pengguna TikTok @anaszack9 telah berkongsi video yang memaparkan situasi dirinya yang menetap di Palm Spring Condominium berjalan kaki ke stesen MRT Surian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@anaszack9

The challenge of being a non-car commuter in Malaysia 😮‍💨 #foryou #foryoupage #fyp #publictransport

♬ original sound – Anaszack – Anaszack

@anaszack9

Replying to @Anaszack @Anaszack This path is not for the faint of heart. The struggle being a non-car commuter. #foryou #foryoupage #fyp #publictransport #makemalaysiawalkable

♬ Horror, suspense, weirdness, ghost, UFO – Zassh

Menerusi video yang dikongsi, dia menunjukkan perjalanan dia berjalan kaki ke stesen MRT Surian pada waktu pagi dan juga pada waktu malam. Dapat dilihat, tiada laluan pejalan kaki yang ‘selamat’ untuk digunakan ke stesen MRT menunjukkan masih banyak kemudahan perlu diperbaiki.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak berasa terkejut kerana di kawasan mereka seperti Shah Alam juga berdepan situasi yang sama dimana tiada laluan selamat untuk digunakan oleh pejalan kaki.

Bukan itu sahaja, para netizen turut menggesa kerajaan agar menambah baik perkhidmatan awam dan juga kemudahan awam agar dapat digunakan oleh orang ramai. Malah, rata-rata netizen juga bimbang dengan keselamatan mereka yang menggunakan laluan tersebut untuk ke stesen MRT kerana dilihat berbahaya.