Tahun ini seperti kebiasaan, banyak video iklan raya yang dihasilkan dan ada yang dah jadi buah mulut netizen. Mana tidaknya, kebanyakan video membawa mesej yang bermakna dan mempunyai jalan cerita yang menarik.

Ada sebuah lagi iklan yang kami sangat kagum sebab iklan rayanya ada teka-teki dan mesej dia memang deep!

Luar nampak kasar, tapi isi lembut. Siapakah aku?

Unikkan iklan raya daripada Sunway ni? Buat masa ini, Sunway sahaja pakai konsep riddle. Nampak lain daripada yang lain dan jujurnya kami try hard nak selesaikan teka-teki ini. Banyak kali ulang nak cari jawapan punya pasal. Anda dah dapat jawapannya? Sebenarnya ada dua jawapan tau!

Kami bagi clue sikit. Dua-dua jawapan ada dalam gambar kat bawah ni. Dapat atau tidak?

Konsep unik dengan mesej mendalam

giphy14

Setuju sangat petikan dari video ni. Kadang-kadang usaha atau inisiatif yang kita buat sendiri tak dapat dilihat. Tapi kalau kita buat bersama-sama, usaha tu mampu bagi impak yang besar dalam kehidupan seharian golongan yang memerlukan.

Kita mungkin rasa remeh tapi sebenarnya benda macam ni mampu mengukir senyuman seseorang di pagi Aidilfitri. Salam lebaran daripada kami di VOCKET.