Sebut sahaja Australia, pasti anda sudah terbayang kecantikan dan keunikan yang menjadikan ia salah satu destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk melancong.

Terbaharu, anda tidak boleh berkunjung ke Australia kerana sempadan telah ditutup semalam. Penutupan tersebut dilakukan berikutan penularan COVID-19 yang makin meningkat di Australia.

Difahamkan, Australia akan menutup sempadan selama 6 bulan dan hanya rakyat dan penduduk tetap Australia dibenarkan masuk ke Australia mulai semalam. Pelancong asing tidak akan dibenarkan masuk ke Australia sejak semalam sehingga tempoh sekatan ditarik balik.

perth-blue-boat-shed
Gambar hiasan. Sumber: OverSixty

Australia mengambil pendekatan tersebut untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negara tersebut. Menurut perdana menteri Australia, penutupan sempadan ini mungkin akan mengambil masa 6 bulan dan mungkin atau lebih, dan Australia akan pastikan keadaan selamat sebelum arahan tersebut ditarik balik.

Diharap wabak COVID-19 ini akan segera ditangani di seluruh dunia dan keadaan akan pulih seperti sedia kala. Buat anda yang mungkin sudah membeli tiket penerbangan ke Australia dalam tempoh 6 bulan ini, anda mungkin terpaksa batalkan penerbangan tersebut.

Tidak tahu cara untuk batalkan penerbangan tersebut? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

8 Cara Mudah Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan AirAsia Anda Yang Dibatalkan Kerana Coronavirus

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19