Kerajaan Arab Saudi meminta umat Islam di seluruh dunia menunda rancangan untuk hadir ke Makkah dan Madinah bagi menunaikan ibadah haji sehingga keadaan kembali stabil akibat wabak COVID-19.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammad Benten berkata dalam satu kenyataan meminta umat Islam di seluruh dunia agar bersabar dan menunggu sehingga keadaan kembali reda.

“Umat Islam harus menunggu sebelum membuat rancangan haji sehinggalah ada situasi lebih lanjut mengenai virus corona,” katanya kepada media seperti yang dipetik oleh Channel News Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perjumpaan umat Islam terbesar ini dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai tahun ini. Sekitar 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia akan hadir ke tanah suci Makkah dan Madinah bagi menjalankan ibadah haji selama seminggu. 

Namun situasi semasa akibat COVID-19 telah menimbulkan pertanyaan tentang ibadah haji yang akan dilaksanakan kerana terdapat risiko besar akan berlaku penyebaran wabak coronavirus jika ia dilaksanakan.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi telah menangguhkan buat sementara waktu pelaksanaan umrah. Mereka juga telah menghalang akses masuk dan keluar ke Makkah, Madinah, Riyadh dan Jeddah.

Arab Saudi telah melaporkan 1,563 kes COVID-19 dengan 10 orang telah meninggal dunia dan 165 pesakit berjaya disembuhkan.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Akibat Meludah Di Tempat Awam, Pesakit COVID-19 Di Arab Saudi Berdepan Hukuman Pancung

Jemaah Haji Malaysia Terima Pujian Daripada Kerajaan Arab Saudi

Pelancong Asing Tidak Berkahwin Kini Dibenarkan Untuk Menyewa Hotel Di Arab Saudi