Setelah 2 tahun tidak beraya bersama, tahun ini mesti ramai yang teruja untuk  pulang ke kampung halaman. Walaupun dalam norma baharu, sambutan perayaan ini mesti kekal meriah di samping yang tersayang.

Paling penting, tahun ini kita dapat merasai kembali kemeriahan ziarah menziarahi rumah sedara-mara sambil bertukar-tukar menu raya. Tak sabarnya nak makan rendang, kuah kacang, lemang dan macam-macam lagi. Detik-detik istimewa ini baru dapat rasa menu-menu yang kita rindu, yang kita jumpa hanya masa raya sahaja.

Macam biasa sebelum beraya mestilah kita sediakan semua kelengkapan. Takut ada yang ntak lengkap nanti. Jangan lupa juga untuk pastikan Penulen Air JIKSOO Ria serta Penulen Udara All Clean ada. Baru hari raya tahun ini meriah lagi.

Jom tengok kelebihan kedua-dua produk SK magic.

Tiada lagi isu air terlalu panas atau sejuk, Penulen Air JIKSOO Ria hadir dengan teknologi baharu.

Kalau sebelum ini anda rasa macam air ini panas atau sejuk, percayalah masalah ini tidak akan timbul lagi dengan Penulen Air JIKSOO Ria yang mempunyai teknologi yang lebih kehadapan iaitu sistem tanpa tangki dan hanya akan aktif apabila adanya sumber air.

Ada tiga pilihan untuk suhu air:

  • Suhu Air Panas (85 darjah celsius) yang sesuai untuk kopi atau teh panas
  • Suhu Air Sejuk (4 darjah celcius) yang sesuai untuk buat air sirap yang sejuk tanpa ais
  • Suhu Bilik yang sesuai untuk bancuh air kordial seperti Sarsi, Oren atau Asam Boi

Selain itu, Penulen Air JIKSOO Ria lengkap dengan sistem penapisan nanoteknologi yang boleh menghilangkan klorin, bau dan pelbagai sebatian organik lain yang berbahaya. Malahan zarah besar seperti karat, habuk dan pasir juga boleh ditapis.

Bukan itu sahaja, bakteria, virus, mikroorganisma serta logam berat juga boleh dihapuskan. Pada masa yang sama, mineral yang baik untuk kita masih dikekalkan dengan UV Steriliser.

Diciptakan jimat elektrik

Penulen Air JIKSOO Ria menawarkan anda penjimatan dari segi kadar penggunaan elektrik.

Teknologi tanpa tangki yang digunakan bukan sahaja menjimatkan elektrik pada kadar penggunaan minimum 730Wj sehari tetapi ia juga menjimatkan penggunaan air kerana ia tidak mempunyai air untuk disimpan.

Bila anda menggunakan Penulen Air JIKSOO Ria, sistem ini akan aktif dengan sendiri mengikut kemahuan anda.

JIKSOO Ria ini juga hadir dengan sistem penulen teknologi yang boleh mengasingkan bahan tercemar berbahaya dan memberikan air yang bersih kepada pengguna dengan harga yang mampu milik.

Penulen Udara All Clean baru untuk udara kekal bersih di hari raya.

Penulen Udara All Clean mampu menghapuskan 99.99% kulat, bakteria dan virus di dalam rumah.

Sebab ianya lengkap dengan Penapisan 8 peringkat All-in-One sama seperti Penapis HEPA Gentian Tembaga yang sudah terbukti mampu untuk menapis 99.99% virus bawaan udara.

Antara ciri dan fungsi menarik Penulen Udara All Clean

Dari segi saiznya hanyalah sebesar 650mm dan hanya memerlukan tenaga sebanyak 34Wh untuk berfungsi, tambahan pula warna putih yang sangat evergreen dan mudah untuk dikenakan dengan mana-mana konsep rumah menjadikan penulen udara ni menjadi pilihan ramai.

Ia juga mampu untuk membersihkan udara dari setiap arah termasuklah habuk di lantai dan ruang seluas 66㎡.

Selain itu, segala bakteria dan partikel-partikel berbahaya juga boleh dihapuskan dengan Penapis Pra-Penapis Antibakteria Berganda dan Penapis Penjagaan All-in-One.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh ditanggalkan sepenuhnya dan boleh dibasuh.

Penulen udara ini diiktiraf sebagai peralatan kesihatan dan peranti perubatan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (USFDA). Anda boleh gunakan di rumah dengan lebih selamat. Ia juga dilengkapi dengan roda, mudah nak alihkan.

Raya ni ada combo menarik untuk korang tau!

SK magic ada tawaran menarik untuk anda Raya ini.

Kombo Ria Raya menawarkan Penulen Air JIKSOO Ria dan juga Penulen Udara All Clean pada harga RM158 sebulan.

Kedua-dua barang ini hanya RM158 dan anda boleh nikmati air dan udara yang lebih bersih.

Bukan itu sahaja, anda juga bakal mendapat perkhidmatan pemasangan percuma serta servis percuma selama lima tahun beserta jaminan.

Layari laman sesawang SK magic untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Penulen Air JIKSOO Ria dan juga Penulen Udara All Clean.