Artis terkenal Hollywood pada tahun 50-an, Marilyn Monroe didakwa meninggal dunia kerana dibunuh setelah beliau mengetahui mengenai kewujudan Unidentified Flying Objects (UFO) setelah didedahkan kepadanya oleh Presiden ke-35 Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Daily Star, pengarang buku makhluk asing, Nick Redfern mengatakan bahawa Monroe dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara setelah diberitahu mengenai rahsia tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kennedy yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan selebriti tersebut, memberitahu Monroe mengenai kewujudan kapal terbang UFO yang terhempas dan bagaimana kerajaan AS menemui mayat dengan rupa bentuk yang pelik serta disimpan di pangkalan tentera AS.

“Jika anda melihat sejarah kematian Monroe, dia nampaknya didorong ke dalam keadaan tekanan emosi yang melampau dan kegelisahan yang tidak menentu sehingga menyebabkan [dia mengambil] keputusan untuk membunuh diri,” kata Redfern.

Monroe dinyatakan mati pada usia 36 tahun akibat penggunaan dadah pada tahun 1962. Redfern menambah bahawa Central Intelligence Agency (CIA) sebelum ini pernah mengeluarkan satu dokumen yang mendedahkan bagaimana kumpulan risikan membunuh seseorang sehingga ia kelihatan seperti mangsa membunuh diri.

Tentera Jepun difahamkan sudah bersiap sedia untuk menghadapi UFO.Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tentera Jepun Siap Sedia ‘Perang’ Dengan Makhluk Asing, Keluarkan Panduan Hadapi UFO

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Sahkan Video UFO Yang Tular Adalah Tulen

Profesor Dari Israel Dakwa ‘Alien’ Wujud, Amerika Syarikat Ada Buat Perjanjian Dengan Mereka